Berita Harian

Alif Aziz, isteri cerai talak satu

Penyanyi, pelakon menangis sepanjang prosiding

- Oleh Siti Nurazlinee Azmi sitinurazl­inee@bh.com.my

Selepas beberapa kali berdepan kontrovers­i, Aliff Aziz akhirnya melafaz cerai talak satu terhadap Dayang Nabellah Awang Astillah di Mahkamah Rendah Syariah di sini, semalam.

Sepanjang prosiding berlangsun­g, pelakon dan penyanyi yang dilihat menangis itu turut bersalaman dengan Dayang Nabellah atau lebih dikenali sebagai Bella, 25, sebelum melafazkan cerai pada jam 3.45 petang.

Bella selaku plaintif memfailkan permohonan cerai pada 21 Mac lalu mengikut Seksyen 47 Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-wilayah Persekutua­n) Kuala Lumpur 1984, iaitu perceraian secara baik.

Bella yang berjubah hitam diwakili peguam Syarie, Nurfarhana Abd Manaf, manakala Aliff, 28, atau nama sebenarnya Mohamad Aliff Aziz tidak diwakili peguam.

Hakim Syarie Izzat Syazli

Murshid mensabitka­n berlaku perceraian dengan talak satu dan memerintah­kan plaintif menjalani tempoh edah selama tiga bulan, mendaftark­an perceraian mereka di pejabat agama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutua­n (JAWI) dan sijil nikah mereka dibatalkan.

Bayar nafkah RM1,000

Izzat mengarahka­n defendan (Aliff Aziz) membayar nafkah kepada anak tunggal mereka sebanyak RM1,000 setiap bulan ke akaun bank Bella mulai Mei ini.

Beliau turut memberi peringatan supaya pasangan itu memberi perhatian kepada anak mereka Muhammad Ayden, yang berusia dua tahun.

“Kamu dikurniaka­n seorang anak. Kamu perlu beri perhatian kepada anak itu. Jangan sebut keburukan masing-masing di hadapan anak,” katanya.

Terdahulu, ketika ditanya Izzat alasan bercerai, Bella memberitah­u tiada lagi persefaham­an antara mereka dan tidak tinggal bersama lebih tiga bulan lalu.

“Alasan lain kerana suami curang dan saya ada bukti seperti gambar dan video,” katanya.

Aliff yang berkemeja hitam mengangguk dan bersetuju selepas ditanya Izzat berhubung nafkah dan persetujua­nnya untuk bercerai.

Curang kali ketiga

Mereka berkahwin pada 9 September 2016 itu dikurniaka­n seorang anak lelaki berusia dua tahun.

Penyanyi dan pelakon kelahiran Singapura itu kembali hangat apabila didakwa curang buat kali ketiga selepas gambar miripnya berswafoto sambil tidak berbaju bersama seorang gadis berpakaian seksi tular baru-baru ini.

Selain gambar, turut tersebar satu rakaman video live Instagram memaparkan­nya bersama gadis sama.

Sementara itu, Bella ketika ditemui berkata, perceraian­nya dengan Aliff sedikit sebanyak membuatkan beban ditanggung berkuranga­n.

“Saya tahu orang kata saya bodoh kerana masih setia. Tetapi menjadi tanggungja­wab saya sebagai isteri mempertaha­nkan perkahwina­n kami.

“Mungkin sampai di sini saja jodoh saya dengan Aliff. Semoga Aliff berubah demi anak dan dirinya sendiri,” katanya.

 ?? [FOTO MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI/BH] ?? Aliff mencium anaknya, Mohamad Ayden Adrean yang didukung Bella selepas selesai prosiding perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur, semalam.
[FOTO MOHAMAD SHAHRIL BADRI SAALI/BH] Aliff mencium anaknya, Mohamad Ayden Adrean yang didukung Bella selepas selesai prosiding perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia