Berita Harian

Pakar yakin Adib keluar sendiri daripada van EMRS

-

Shah Alam: Pakar Forensik Patologi Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr Ahmad Hafizam Hasmi, yakin dengan teorinya yang Muhammad Adib Mohd Kassim, keluar sendiri daripada van Perkhidmat­an Penyelamat­an dan Perawatan Kecemasan (EMRS) walaupun tiada saksi melihat tindakan itu.

Saksi ke-24 itu memberitah­u Mahkamah Koroner, ia berdasarka­n hasil bedah siasat dilakukann­ya tidak menemui sebarang elemen menunjukka­n Muhammad Adib ditarik daripada van EMRS.

“Sepanjang inkues dijalankan, keterangan saksi tak ada yang nampak Muhammad Adib ditarik keluar. Saya ambil kira keterangan saksi pada hari kejadian termasuk pemandu van EMRS yang bersama si mati.

“Tetapi dapatan bedah siasat tiada elemen dia ditarik keluar. Jika tiada kecederaan berpadanan dengan ditarik keluar, apa yang boleh disimpulka­n dia keluar sendiri,” katanya ketika memberi keterangan pada hari ke-35 prosiding inkues dijalankan, semalam.

Syor panggil pakar fizik

Suasana dalam mahkamah agak tegang selepas peguam mewakili Kementeria­n Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Syazlin Mansor, mempersoal­kan mengenai teori yang dipertahan­kan saksi pakar itu.

Ia termasuk formula kiraan daya yang didakwa Syazlin salah sebelum Dr Ahmad Hafizam mencadangk­an saksi pakar fizik dipanggil.

Dr Ahmad Hafizam juga yakin Muhammad Adib tidak memakai baju uniform celoreng pada kejadian rusuhan itu, pada awal pagi 27 November tahun lalu.

Katanya, baju il tu tidak mempunyai kesan yang berpadanan dengan kecederaan di bahagian dada Muhammad Adib.

“Ikut teori Prof Dr Shahrom Abd Wahid (saksi ke-29), tombol pintu itu akan hasil luka pada badan dan koyakkan baju.

“Butang yang koyak pada baju uniform itu tak berpadanan dengan kecederaan pada badan Muhammad Adib.

“Baju itu pula bersih, tiada koyakan di siku kiri. Saya tidak yakin baju yang ada butang tercabut adalah baju yang dipakai si mati pada kejadian itu,” katanya.

Terdahulu, Dr Ahmad Hafizam juga mempertaha­nkan teori Muhammad Adib terhumban ke bahu jalan pada insiden rusuhan itu.

Saksi berkata, bahu jalan adalah objek yang paling berkemungk­inan boleh menyebabka­n kecederaan pada dada kanan dan lengan atas kanan Muhammad Adib.

Dr Ahmad Hafizam juga menegaskan Muhammad Adib terhumban selepas anggota bomba berkenaan terkena daun pintu van EMRS dinaiki pada masa kejadian.

“Saya kata kecederaan pada kanan berpadanan dengan objek keras, tumpul, lebar dan sedikit kasar dan saya satu lagi saya tertinggal sebelum ini, tertonjol,” katanya.

Ditanya mengapa pihak forensik HKL tidak menjalanka­n eksperimen di bahu jalan, Dr Ahmad Hafizam berkata ia disebabkan sepanjang bahu jalan terbabit mempunyai banyak variasi (bentuk).

Menjawab soalan lain daripada Syazlin, Dr Ahmad Hafizam menjelaska­n beliau tidak membuat sebarang eksperimen secara ‘buta’ dalam menjalanka­n tugasnya sebagai pakar forensik.

Jika tiada kecederaan berpadanan dengan ditarik keluar, apa yang boleh disimpulka­n dia keluar sendiri” Dr Ahmad Hafizam Hasmi, Pakar Forensik Patologi HKL

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia