Berita Harian

Tempoh reman CEO disambung

Ketua pegawai kewangan bebas dengan jaminan RM50,000

- Oleh Irwan Shafrizan Ismail

Tempoh reman Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) sebuah syarikat swasta, bagi membantu siasatan kes rasuah membabitka­n projek pembekalan peralatan kenderaan milik agensi pertahanan negara berjumlah lebih RM17 juta, disambung empat hari lagi sehingga Isnin ini.

Selain itu, seorang ketua pegawai kewangan (CFO) yang juga direman bagi siasatan kes sama sebelum ini,

dibebaskan dengan jaminan RM50,000 tanpa deposit bersama seorang penjamin.

Perintah itu dikeluarka­n oleh Majistret Shah Wira Abdul Halim, selepas membenarka­n permohonan SPRM.

Sumber berkata, SPRM turut merampas beberapa beg tangan mewah dan mata wang asing di kediaman CEO berkenaan, kelmarin.

Kedua-dua suspek sebelum ini direman empat hari sehingga hari ini, untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 16(a)(a) Akta SPRM.

Terima wang suapan

Akhbar baru-baru ini melaporkan, CEO dan CFO sebuah syarikat swasta ditahan SPRM kerana menerima suapan, bagi projek pembekalan peralatan kereta kebal milik agensi pertahanan negara.

Sumber SPRM berkata, CEO bergelar Datuk bersama CFO berkenaan, disyaki menerima wang suapan membabitka­n projek pembekalan peralatan kenderaan itu bernilai lebih RM17 juta.

Sebelum ini, CEO lelaki berusia 45 tahun dan CFO wanita berusia 53 tahun itu, dilaporkan ditahan ketika hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya.

Rasuah ratusan ribu

Menurut sumber itu, kedua-dua suspek disyaki menerima wang rasuah berjumlah ratusan ribu ringgit daripada beberapa syarikat, berkaitan penganuger­ahan projek pembekalan peralatan kereta perisai AV8 dan Adnan antara 2014 sehingga 2017.

Sementara itu, bagi kes menerima dan memberi rasuah RM200,000 membabitka­n seorang pegawai kanan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), dua kontraktor dibebaskan dengan jaminan RM5,000 tanpa deposit bersama seorang penjamin, manakala pasport diarahkan diserahkan kepada SPRM.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia