Berita Harian

3 suspek rancang serang tempat ibadat ditahan

Lelaki tempatan, warga Indonesia pernah dilatih buat bom di Jogjakarta

- Oleh Safeek Affendy Razali bhnews@bharian.com.my

Dua lelaki tempatan dan seorang lelaki warga Indonesia dipercayai merancang serangan ke atas tempat ibadat di Malaysia dan Indonesia diberkas Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas, Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Mereka ditahan Selasa lalu susulan operasi tangkapan terhadap empat suspek pengganas Daesh yang ditahan terlebih dahulu

di Terengganu dan Lembah Klang, antara 5 hingga 7 Mei lalu.

Dua warga tempatan yang ditahan, masing-masing penjual burger dan pekebun berusia 27 tahun berasal dari Bedong, Kedah, manakala warga Indonesia berkenaan ditahan di Banting, Selangor.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador, berkata dua suspek terbabit dikesan pernah menjalani latihan membuat bom di Jogjakarta, Indonesia pada 2018 yang dikendalik­an oleh ‘Jemaah Ansharut Daulah Indonesia’.

Letupan berskala besar

“Ketika di sana, mereka sudah mempelajar­i kaedah untuk menghasilk­an Triacetone Triperoxid­e atau TAPT, iaitu sejenis bahan kimia untuk menghasilk­an letupan berskala besar dan bom kenderaan.

“Mereka juga dikesan melakukan tinjauan ke atas beberapa gereja di sekitar Yogjakarta untuk melancarka­n serangan,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Beliau berkata, penjual burger berkenaan disyaki merancang melancarka­n serangan ke atas rumah-rumah ibadat bukan Islam di Malaysia dengan menggunaka­n kaedah serangan bom bunuh diri.

“Warga Indonesia berusia 34 tahun pula berjaya ditangkap hasil maklumat orang awam. Suspek juga ahli sel ‘Wolf Pack’ Daesh serta turut terbabit dalam rancangan untuk operasi pembunuhan dan serangan ke atas tempat ibadat Kristian, Hindu, Buddha dan pusat hiburan sekitar Lembah Klang,” katanya. Abdul Hamid berkata, lelaki Indonesia itu mula terdedah dengan ideologi Daesh ketika menjalani hukuman penjara lima tahun di Surabaya, Indonesia, beberapa tahun lalu.

Katanya, mereka disyaki melakukan kesalahan mengikut Bab Via-kesalahan Berkaitan Dengan Keganasan, Kanun Keseksaan (Akta 574) dan disiasat mengikut prosedur Akta Kesalahan Keselamata­n (Langkahlan­gkah Khas) 2012 (Akta 747).

Warga Indonesia berusia 34 tahun pula berjaya ditangkap hasil maklumat orang awam. Suspek juga ahli sel ‘Wolf Pack’ Daesh serta turut terbabit dalam rancangan untuk operasi pembunuhan dan serangan ke atas tempat ibadat Kristian, Hindu, Buddha dan pusat hiburan sekitar Lembah Klang” Abdul Hamid Bador, Ketua Polis Negara

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia