Berita Harian

Pensyarah terjerat Macau Scam rugi RM132,000

-

Kuantan: Seorang pensyarah wanita sebuah institusi pengajian tinggi awam di Pekan kerugian kira-kira RM132,000 terpedaya dengan penipuan ‘Macau Scam’ selepas menerima panggilan individu mendakwa pegawai perundanga­n dari Mahkamah Majistret Melaka.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Pahang, Superinten­dan Mohd Wazir Mohd Yusof, berkata mangsa berusia 60 tahun pada mulanya menerima panggilan daripada seorang wanita.

Katanya, wanita berkenaan memperkena­lkan diri sebagai Puan Hazlinda dan mendakwa pensyarah berkenaan mempunyai tunggakan kad kredit berjumlah RM13,580.

“Mangsa menafikan dakwaan terbabit sebelum panggilan disambungk­an kepada seorang lelaki yang memperkena­lkan diri sebagai Inspektor Mohd Yusuf dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka.

“Kononnya, hasil semakan pegawai polis itu, akaun bank mangsa dikatakan terbabit aktiviti pengubahan wang haram dan kesalahan mengikut akta dadah,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Ikut arahan

Beliau berkata, mangsa yang takut dikenakan tindakan undang-undang, mengikut segala arahan lelaki itu untuk menyelesai­kan kes berkenaan.

“Mangsa diminta membuat pindahan wang RM132,000 dari akaunnya ke empat akaun lain yang diberikan suspek atas alasan mahu menyemak kesahihan wang itu.

“Namun, selepas pindahan wang dilakukan, mangsa gagal menghubung­i semula lelaki itu dan sedar dia ditipu,” katanya.

Mohd Wazir berkata, wanita berkenaan membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Peniaga kerugian RM31,090

Pada kes berasingan, seorang peniaga kerugian RM31,090 selepas cuba membuat pinjaman wang daripada ‘syarikat’ yang mengiklank­an tawaran pinjaman, termasuk kepada mereka disenarai hitam di laman sosial.

Mohd Wazir berkata mangsa berumur 34 tahun itu mendakwa meninggalk­an nombor telefon di laman sosial itu pada 26 April lepas kerana berhasrat meminjam RM100,000 sebelum dihubungi ‘wakil syarikat’ itu beberapa hari kemudian.

“Mangsa mendakwa dia diminta membuat bayaran untuk tujuan pengurusan sebelum boleh mendapatka­n wang pinjaman,” katanya.

Sehingga semalam, mangsa melakukan transaksi sebanyak lima kali ke dalam tiga akaun diberikan suspek, namun tidak pernah menerima wang dijanjikan.

Kononnya, hasil semakan pegawai polis itu, akaun bank mangsa dikatakan terbabit aktiviti pengubahan wang haram dan kesalahan mengikut akta dadah” Mohd Wazir Mohd Yusof, Ketua JSJK Pahang

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia