Berita Harian

SPRM Johor buka kertas siasatan

Tindakan diambil susulan laporan dibuat ADUN Senggarang

- Oleh Wartawan BH bhnews@bh.com.my

Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor sudah membuka kertas siasatan berhubung dakwaan penyelewen­gan kegiatan pembalakan di Hutan Simpan Lenggor, Mersing.

Sumber SPRM memberitah­u, kertas siasatan berkenaan dibuka susulan laporan dibuat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senggarang, Khairuddin Abdul Rahim mengenai

kegiatan itu, Selasa lalu.

“Kertas siasatan memang sudah dibuka, cuma sekarang ini SPRM sedang dalam usaha mengumpul segala maklumat mengenai aduan berkenaan.

“Ia termasuk menemui beberapa pihak berkaitan bagi diambil keterangan termasuk daripada Jabatan Perhutanan negeri,” katanya ketika dihubungi BH, semalam.

Selasa lalu, Khairuddin yang juga Pengerusi Kelab Penyokong Pakatan Harapan Johor, mendakwa penyelewen­gan kegiatan pembalakan di kawasan Hutan Simpan Lenggor, dipercayai menyebabka­n kerajaan Johor kerugian ratusan juta ringgit.

Beliau yang ditemui selepas membuat laporan di Pejabat SPRM Johor, Kempas di sini, dilaporkan mendakwa pelanggara­n syarat penebangan pokok itu didapati masih berlaku berdasarka­n lawatan ke kawasan itu akhir bulan lalu.

Kelmarin, Menteri Besar, Datuk Dr Sahruddin Jamal, berkata kerajaan negeri akan meminta Jabatan Perhutanan Johor untuk melihat semula tindakan yang perlu diambil bagi menangani isu penyelewen­gan kegiatan pembalakan di Hutan Simpan Lenggor di Mersing.

Isu ditangani kerajaan Johor Kuala Lumpur,

Di Timbalan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji, mengakui kementeria­n tidak mempunyai hak dan bidang kuasa dalam menangani isu penyelewen­gan pembalakan di Hutan Simpan Lenggor.

Katanya, isu terbabit ditangani sepenuhnya oleh kerajaan Johor berdasarka­n Perkara 74(2) Perlembaga­an Persekutua­n berkaitan hal undang-undang persekutua­n dan negeri.

“Kerajaan Persekutua­n hanya membuat dasar dan keputusan dibuat oleh kerajaan negeri dan seperti yang berlaku di Mersing, tindakan penguatkua­saan adalah di bawah bidang kuasa kerajaan negeri.

“Kita menunggu laporan lengkap kerajaan Johor berhubung isu berkenaan dan kementeria­n boleh memberi nasihat mengenai apa yang boleh dilakukan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyempurn­akan Majlis Penganuger­ahan Sijil Perhutanan Institut Latihan Perhutanan (FORTRAIN) ke-32 di sini, semalam.

Yang turut hadir, Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjun­g Malaysia, Datuk Borhanudin Arshad dan Pengarah Jabatan Hutan Sarawak, Hamden Mohammad.

Sementara itu, Tengku Zulpuri berkata, kementeria­n menggalakk­an mana-mana kerajaan negeri yang berhasrat mewartakan hutan simpan sebagai Taman Negeri.

“Kita sentiasa menyokong usaha kerajaan negeri yang mahu mewartakan hutan simpan kerana ia adalah langkah terbaik,” katanya.

Kementeria­n tidak mempunyai hak dan bidang kuasa tangani isu penyelewen­gan pembalakan di Hutan Simpan Lenggor” Tengku Zulpuri Shah Raja Puji, Timbalan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia