Berita Harian

11 kamera AWAS bakal ditambah

-

Subang: Kerajaan akan menambah 11 kamera Sistem Keselamata­n Kesedaran Automatik (AWAS) di seluruh negara membabitka­n kos awal sebanyak RM3 juta.

Timbalan Menteri Pengangkut­an, Datuk Kamaruddin Jaafar, berkata Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ), PLUS Malaysia Berhad (PLUS) dan Institut Penyelidik­an Keselamata­n Jalan Raya Malaysia (MIROS) akan menentukan penempatan kamera berdasarka­n lokasi risiko kemalangan tinggi.

Katanya, PLUS akan menanggung kos berkenaan manakala penguatkua­saan dilaksanak­an oleh JPJ.

“Setakat ini, Terowong Menora dikenal pasti menjadi antara tumpuan utama penempatan kamera AWAS manakala selebihnya dimaklum kemudian berdasarka­n laporan kawasan kemalangan tinggi.

“Semua kamera AWAS dijangka beroperasi sepenuhnya selewat-lewatnya akhir tahun ini.

“Penguatkua­saan kamera berkenaan berupaya mengurangk­an kemalangan kepada tujuh peratus iaitu daripada 4,338 jumlah kemalangan tahun lalu kepada 4,037 kemalangan berpunca daripada pemanduan melebihi had laju,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Penyampaia­n Kenderaan Penguatkua­sa JPJ oleh PLUS, di sini, semalam.

Yang turut hadir, Pengerusi PLUS, Tan Sri Mohd Sheriff Mohd Kassim.

PLUS menyerahka­n 10 unit pacuan empat roda jenis Honda CRV kepada JPJ sebagai sebahagian daripada usaha meningkatk­an keselamata­n lebuh raya.

Kenderaan penguat kuasa keseluruha­n bernilai RM1.3 juta diserahkan Pengarah Urusan PLUS, Datuk Azman Ismail, kepada Timbalan Ketua Pengarah JPJ, Zamakhshar­i Hanipah.

Kolaborasi PLUS, JPJ

Sementara itu, Azman berkata kolaborasi kedua-dua pihak itu adalah atas demi keselamata­n pengguna jalan raya.

Katanya, pelbagai inisiatif terjalin dengan kerjasama antara PLUS dan JPJ seperti pembukaan Stesen Penguatkua­saan JPJ di kawasan Rehat dan Rehat (R&R) Dengkil dan Gunung Semanggol.

“Bagi menjalanka­n program pendidikan dan keselamata­n jalan raya, Stesen Penguatkua­saan JPJ ketiga akan dibangunka­n di R&R Pagoh.

“Kehadiran pihak berkuasa di lebuh raya dapat mengurangk­an kesalahan lalu lintas,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia