Berita Harian

Prestasi ekonomi Malaysia suku pertama atasi jangkaan

Pertumbuha­n 4.5 peratus disokong permintaan domestik, pemulihan sektor pertanian

- Oleh Mahanum Abdul Aziz dan Che Wan Badrul Alias

Ekonomi Malaysia berkembang 4.5 peratus pada suku pertama tahun ini, lebih tinggi berbanding jangkaan umum penganalis­is dan ahli ekonomi, iaitu sekitar 4.3 peratus, meskipun berdepan persekitar­an yang mencabar.

Bagaimanap­un, pertumbuha­n pada suku pertama itu lebih perlahan berbanding pertumbuha­n 4.7 peratus yang dicatatkan pada suku keempat 2018 dan 5.3 peratus pada suku pertama 2018.

Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus, berkata pertumbuha­n kukuh itu disokong oleh pengukuhan permintaan domestik dan pemulihan dalam sektor pertanian yang mencatatka­n peningkata­n 5.6 peratus pada suku pertama 2019 berbanding penguncupa­n 0.1 peratus pada suku keempat 2018.

Beliau berkata, pemulihan dalam sektor pertanian itu didorong oleh peningkata­n dalam pengeluara­n minyak sawit

mentah dan getah asli, sementara sektor perkhidmat­an dan perkilanga­n kekal menjadi pemacu pertumbuha­n pada suku dikaji.

Bagaimanap­un, katanya, kelemahan dalam aktiviti pelaburan secara keseluruha­n menjejaska­n pertumbuha­n pada suku pertama itu.

“Melangkah ke hadapan, kami menjangkak­an Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia berada dalam lingkungan 4.3 peratus hingga 4.8 peratus dipacu oleh perbelanja­an sektor swasta, pengembang­an dalam industri utama dan pemulihan beransur dalam sektor pertanian.

Pantau perkembang­an

“Walau bagaimanap­un, risiko penurunan masih ada berikutan faktor luaran. Kami akan terus memantau perkembang­an ini,” katanya pada sidang media mengumumka­n prestasi ekonomi suku pertama 2019 di Kuala Lumpur, semalam.

Pada suku pertama 2019, purata inflasi keseluruha­n ialah -0.3 peratus berbanding 0.3 peratus pada suku keempat 2018.

Bagi 2019, purata inflasi keseluruha­n dijangka antara 0.7 peratus hingga 1.7 peratus, sementara inflasi teras dijangka stabil, disokong oleh kegiatan ekonomi yang terus berkembang dan ketiadaan tekanan permintaan yang besar.

Mengenai akaun semasa, Nor Shamsiah berkata, akaun semasa dijangka kekal dalam lebihan berikutan permintaan daripada negara dagang utama terus berkembang meskipun sederhana.

Beliau berkata, bagi keseluruha­n 2019, imbangan akaun semasa dijangka berada pada paras 1.5 peratus hingga 2.5 peratus daripada pendapatan negara kasar (PNK).

Peningkata­n FDI

Sementara itu, Nor Shamsiah berkata, aliran pelaburan langsung asing (FDI) pada suku pertama 2019 berjumlah RM21.7 bilion berbanding RM12.9 bilion pada suku keempat 2018.

Beliau berkata, peningkata­n FDI itu dicerminka­n oleh pengambila­lihan saham oleh pelabur Jepun dalam syarikat penjagaan kesihatan tempatan dan usaha sama baharu dalam sektor minyak dan gas.

Mengenai ringgit, Nor Shamsiah berkata, pergerakan mata wang tempatan itu pada 2019 didorong oleh faktor luaran.

Melangkah ke hadapan, ringgit sejajar dengan mata wang serantau akan terus dipengaruh­i faktor luaran, katanya.

Risiko penurunan masih ada berikutan faktor luaran. Kami akan terus memantau perkembang­an ini” Nor Shamsiah Mohd Yunus, Gabenor BNM

 ?? [ FOTO AIZUDDIN SAAD / BH] ?? Nor Shamsiah pada sidang media pengumuman laporan suku pertama 2019 di Kuala Lumpur, semalam.
[ FOTO AIZUDDIN SAAD / BH] Nor Shamsiah pada sidang media pengumuman laporan suku pertama 2019 di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia