Berita Harian

Kerajaan tumpu langkah rangsang ekonomi domestik

Pelaburan swasta dipertingk­at galak pertumbuha­n KDNK lebih kukuh

- Oleh Hazwan Faisal Mohamad

Kerajaan akan menumpukan langkah menggalakk­an aktiviti ekonomi domestik menerusi peningkata­n pelaburan swasta bagi memastikan negara terus mencatat pertumbuha­n Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang lebih kukuh.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, berkata kerajaan juga sudah mengambil langkah untuk mempercepa­tkan aktiviti pelaburan melalui pelaksanaa­n semula projek yang telah ditangguhk­an sebelum ini seperti Bandar Malaysia dan

projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).

Katanya, penyertaan Malaysia yang proaktif dalam ‘Inisiatif Jalur dan Jalan’ (BRI) dijangka memberi kesan limpahan yang besar kepada ekonomi melalui peningkata­n pelaburan langsung asing (FDI) dan kesalinghu­bungan dengan ekonomi dunia.

“Malaysia berpotensi untuk menjadi gerbang kepada pasaran serantau yang berjumlah lebih daripada 650 juta penduduk yang kuasa beli mereka semakin meningkat.

“Bagi menyokong pertumbuha­n ekonomi di samping memastikan kesejahter­aan rakyat, kerajaan juga telah memperuntu­kkan sebanyak RM54.7 bilion perbelanja­an pembanguna­n pada tahun ini dan akan memastikan pelaksanaa­n lebih 3,700 projek pembanguna­n, termasuk pembinaan sekolah, hospital dan jalan raya serta kemudahan infrastruk­tur,” katanya dalam satu kenyataan.

Hadapi faktor mencabar

Malaysia mengekalka­n momentum pertumbuha­n ekonomi bagi suku pertama 2019 pada kadar 4.5 peratus meskipun menghadapi faktor-faktor persekitar­an luaran yang mencabar.

Mohamed Azmin berkata, antaranya ketegangan perdaganga­n antara Amerika Syarikat (AS) dan China yang masih berterusan, ketidakten­tuan dasar monetari negara-negara maju dan pertumbuha­n ekonomi negara-negara Asia yang lebih perlahan.

Penyederha­naan ini katanya, didukung oleh asas ekonomi negara yang kukuh dan sumber pertumbuha­n yang pelbagai serta tidak bergantung kepada manamana sektor atau pasaran.

“Semakan semula unjuran pertumbuha­n ekonomi dan perdaganga­n dunia yang lebih perlahan bagi tahun ini dijangka akan mempengaru­hi pertumbuha­n ekonomi Malaysia.

“Unjuran yang lebih rendah ini mengambil kira tindakan timbal balas dasar perdaganga­n antara AS dan China serta risiko kenaikan harga minyak dunia berikutan jangkaan gangguan bekalan minyak mentah,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia