Berita Harian

Malaysia catat lebihan akaun semasa RM16.4 bilion

Pencapaian suku pertama 2019 dipacu import barangan perantaraa­n

- Oleh Nurhayati Abllah

Malaysia mencatatka­n lebihan akaun semasa lebih tinggi iaitu RM16.4 bilion pada suku pertama 2019, mengatasi jangkaan umum sekitar RM13 bilion, disokong terutama oleh import barangan perantaraa­n dan modal lebih rendah.

Lebihan itu juga adalah yang terbesar sejak suku pertama 2014 yang mana ketika itu mencecah RM19.8 bilion.

Ketua Perangkawa­n Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin, berkata defisit lebih rendah dalam

akaun pendapatan primer dan perkhidmat­an juga menyumbang ke arah lebihan akaun semasa pada suku tahun ini.

“Akaun kewangan pada suku semasa mencatatka­n aliran keluar bersih sebanyak RM13.8 bilion berbanding RM6.1 bilion suku tahun lalu.

Ini sebahagian besarnya disebabkan oleh aliran keluar bersih lebih tinggi dalam pelaburan lain,” katanya dalam kenyataan di Putrajaya, semalam.

Bagi tempoh ini, Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) mencatatka­n nilai RM341.7 bilion pada harga malar dan RM361.9 bilion pada harga semasa.

Beliau berkata, pelaburan langsung asing (FDI) ke Malaysia juga melonjak kepada RM21.7 bilion, tertinggi dalam siri suku tahun berbanding RM12.9 bilion pada suku tahun sebelumnya yang mana sebahagian besarnya adalah dari Jepun, Austria dan Hong Kong.

“Sementara itu, pelaburan langsung Malaysia di luar negeri (DIA) mencatatka­n aliran keluar bersih lebih rendah sebanyak RM5.5 bilion berbanding RM10.8 bilion pada suku tahun sebelumnya.

“Destinasi utama DIA ialah Luxembourg, Australia dan Indonesia,” katanya.

Kewangan meningkat

Menerusi kenyataan media itu Jabatan Perangkaan Malaysia turut menyatakan kedudukan liabiliti kewangan pada suku tahun ini meningkat kepada RM1,769.5 bilion berbanding RM1,761.9 bilion pada suku tahun sebelumnya, manakala jumlah aset adalah RM1,680.7 bilion.

Ini menyebabka­n liabiliti bersih lebih tinggi sebanyak RM88.9 bilion pada akhir suku tahun pertama 2019. Sementara rizab antarabang­sa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah RM420.2 bilion berbanding RM419.5 bilion pada suku tahun lalu.

Manakala eksport barangan Malaysia pada suku pertama 2019 mencatatka­n penurunan sebanyak 0.7 peratus kepada RM236.0 bilion berbanding RM237.6 bilion yang dicatatkan bagi tempoh sama tahun lalu, sementara import merekodkan sejumlah RM199.1 bilion, menurun 2.5 peratus.

Mohd Uzir berkata, mengikut kaedah pengeluara­n, semua sektor dalam ekonomi mencatatka­n pertumbuha­n positif kecuali sektor perlombong­an dan kuari.

“Sektor perkhidmat­an, pembuatan dan pertanian adalah peneraju ekonomi Malaysia pada suku tahun ini. Manakala perbelanja­an penggunaan akhir swasta terus menjadi pemacu utama mengikut kaedah perbelanja­an,” katanya.

Mengulas mengenai prospek ekonomi pada suku kedua 2019, Mohd Uzir berkata, Indeks Pelopor menjangkak­an ekonomi tumbuh pada kadar lebih perlahan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia