Berita Harian

Pengunaan swasta pemacu utama ekonomi negara

-

Penggunaan swasta terus menjadi pemacu utama ekonomi negara apabila mencatat pertumbuha­n 7.6 peratus pada suku pertama tahun ini, namun sedikit rendah berbanding yang dicatatkan pada suku sebelumnya iaitu 8.4 peratus.

Ketua Pakar Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata terdapat perbezaan di antara Indeks Sentimen Pengguna yang kekal di bawah 100 mata untuk beberapa suku tahun ketika perbelanja­an sebenar oleh pengguna masih menggalakk­an.

“Bagaimanap­un, kita akan terus melihat sama ada pengguna akan terus menjadi kunci utama kepada pertumbuha­n ekonomi pada masa akan datang,” katanya ditanya mengenai prestasi ekonomi negara untuk suku pertama tahun ini.

Mengulas lanjut, Afzanizam berkata, biarpun angka 4.5 peratus itu lebih tinggi berbanding unjuran pasaran, namun ia masih rendah dibandingk­an pertumbuha­n 4.7 peratus yang direkodkan pada suku sebelumnya.

Perbelanja­an sektor awam lemah

Seperti dijangka, katanya sentimen perniagaan yang lemah seperti ditunjukka­n dalam kejatuhan Indeks Keadaan Perniagaan barubaru ini mungkin menyumbang kepada pertumbuha­n tidak memberangs­angkan dalam pelaburan swasta.

Pada masa sama, katanya perbelanja­an sektor awam yang semakin lemah terutama pelaburan awam ketika kerajaan kekal berhati-hati dalam berbelanja juga menyumbang kepada faktor berkenaan.

Sementara itu Pengurus Pembanguna­n Perniagaan Putra Business School, Prof Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff, berkata jika dilihat dari sudut positif, pertumbuha­n ekonomi itu sendiri masih sesuatu yang positif.

Selain itu, katanya pertumbuha­n itu juga mengatasi jangkaan pasaran yang mengunjurk­an ekonomi negara akan berkembang agak rendah.

Pacu KDNK

“Penggunaan swasta masih terus menjadi penyumbang utama dan juga perbelanja­an daripada kerajaan. Walaupun sebelum ini kerajaan sering bercakap mengenai hutang yang ingin diselesaik­an dan mahu mengetatka­n dasar fiskal, namun mereka tetap berbelanja.

“Lebih-lebih lagi dengan pengumuman penyambung­an semula projek Bandar Malaysia, ia akan menyumbang kepada KDNK negara pada masa akan datang,” katanya.

Ketua Penyelidik­an Ekonomi RHB Research Institute Sdn Bhd, Peck Boon Soon pula berkata kerajaan boleh mempercepa­tkan penyiapan semakan semula projek-projek pembinaan dan pelaksanaa­nnya.

Manakala, Bank Negara Malaysia (BNM) katanya perlu menggalakk­an perniagaan melabur dengan hala tuju dasar yang jelas, seperti hala tuju dasar pekerja asing.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia