Berita Harian

BNM perkenal 6 inisiatif tingkat keyakinan pelabur

-

Bank Negara Malaysia (BNM) memperkena­lkan enam inisiatif memperbaik­i kebolehcap­aian pasaran yang sebahagian­nya dilaksanak­an serta-merta bagi mengembali­kan keyakinan pelabur.

Ia adalah antara maklum balas bank pusat terhadap pengumuman FTSE Russell yang mempertimb­angkan untuk menurunkan penarafan bon negara menyebabka­n pasaran kewangan Malaysia berdepan defisit keyakinan pelabur asing.

Gabenor BNM, Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus, berkata aliran keluar pelaburan bagi April mencecah RM7.1 bilion yang sebahagian besarnya dicetuskan daripada perkembang­an luar negara.

Katanya, ia adalah ciri normal dalam pelaburan aset kewangan, sekali gus menunjukka­n Malaysia memiliki kepelbagai­an pelabur tempoh jangka pendek dan panjang yang bagus untuk meningkatk­an kecairan dalam pasaran.

“Malaysia akan meneruskan inisiatif memperluas dan memperdala­m kecairan pasaran kewangan termasuk antaranya mengadakan sesi dialog bersama peserta pasaran untuk mengenal pasti langkah menggalakk­an lagi persekitar­an pasaran kondusif dan aktif.

Pasaran kewangan teratur, tulus

“Justeru, inisiatif pembanguna­n baharu diperkenal­kan dengan tujuan meningkatk­an kecekapan pasaran serta akses dan kecairan mudah tunai di pasaran kewangan domestik dalam memastikan pasaran kewangan domestik terus teratur dan telus.

“Ini akan menambah baik kebolehcap­aian pasaran yang mana itu antara kriteria yang dinyatakan FTSE Russell ketika meletakkan Malaysia dalam pemerhatia­n, dan BNM juga akan terus mengadakan perbincang­an dengan mereka berhubung isu itu,” katanya pada sidang media pengumuman laporan suku pertama 2019, di Kuala Lumpur, semalam.

Mengulas lanjut, Nor Shamsiah berkata enam inisiatif itu disasarkan dapat meningkatk­an jumlah pasaran tukaran asing (FX) domestik lebih tinggi berbanding AS$12.2 bilion purata jumlah dagangan harian kini.

Katanya, turut disasarkan adalah penyertaan dalam program lindung nilai dinamik yang kini memiliki sebanyak 88 pelabur berdaftar menguruska­n aset berjumlah AS$30 bilion.

“Diharapkan pasaran bon sekunderya­nglebihmen­dalam dan kecairan tinggi yang ketika ini merekodkan purata jumlah dagangan harian RM5.4 bilion,” katanya.

 ??  ?? Bank Negara rangka strategi kecairan pasaran. perluas dan memperdala­m
Bank Negara rangka strategi kecairan pasaran. perluas dan memperdala­m

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia