Berita Harian

REKAAN WAGON

Panamera 4 E-hybrid Sport Turismo diuji

- Oleh Mohd Rafi Mamat

Masjid Sultan Haji Ahmad Shah Universiti Islam Antarabang­sa Malaysia (UIAM) kampus Kuantan, di sini, menganjurk­an program membeli sambil menginfak membabitka­n 10 jenis barangan keperluan harian.

Timbalan Pengarah masjid terbabit, Dr Hasbullah Mohamad, berkata setiap pembelian barangan itu akan disalurkan kepada 15 keluarga miskin yang berdaftar dengan pihak masjid dan 107 pelajar miskin UIAM di sini.

“Setiap barangan yang dibeli seperti beras, gula, minyak masak dan tepung akan disumbangk­an semula kepada 15 keluarga miskin serta pelajar yang menjadi anak angkat masjid bagi membantu keperluan mereka.

“Selain membeli barangan disediakan, ada juga penderma membawa sendiri barangan keperluan harian untuk diserahkan kepada pihak masjid bagi diagihkan kepada golongan memerlukan,”

katanya, di sini.

Dapat sambutan

Beliau berkata, program membeli sambil menderma itu mendapat sambutan menggalakk­an daripada pelbagai pihak termasuk persatuan dan agensi kerajaan.

“Kami juga mengalu-alukan sumbangan dana daripada orang ramai bagi menjalanka­n program kebajikan dan Ihya Ramadan sepanjang Ramadan ini seperti bantuan kepada asnaf serta aktiviti keagamaan.

“Sepanjang bulan puasa kali ini juga, pihak masjid turut mengadakan majlis berbuka puasa, bersahur dan moreh membabitka­n penyertaan kira-kira 800 pelajar serta masyarakat setempat.

Terima bantuan MUIP

Hasbullah berkata, pihaknya turut menyediaka­n bantuan keperluan harian kepada lapan asnaf menerusi sumber kewangan tabung masjid.

“Kita juga menerima bantuan daripada Majlis Ugama Islam Pahang (MUIP) sebanyak RM100,000.

Mereka yang ingin memberikan sumbangan boleh menghubung­i urus setia menerusi talian 011-55041449,” katanya.

Ada juga penderma membawa sendiri barangan keperluan harian untuk diserahkan kepada pihak masjid” Dr Hasbullah Mohamad, Timbalan Pengarah

Masjid Sultan Haji Ahmad Shah UIAM, kampus Kuantan

 ??  ??
 ??  ?? Hasbullah (kiri) memilih barang keperluan bagi program beli dan derma di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah UIAM, Kampus Kuantan, semalam.
Hasbullah (kiri) memilih barang keperluan bagi program beli dan derma di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah UIAM, Kampus Kuantan, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia