Berita Harian

Iriz, Persona pemangkin Proton baharu

Penuh pembaharua­n untuk kereta rakyat Malaysia

- Oleh Hazwan Faisal Mohamad

Syarikat automotif nasional negara, Proton Holdings Bhd (PROTON) telah melancarka­n model ‘facelift’ Proton Iriz dan Persona 2019 di Malaysia Autoshow 2019, baru-baru ini. Model hatchback dan sedan keluarga segmen-b Proton itu ditambahba­ik

secara menyeluruh sebagai model 2019 dan terdapat perubahan dari segi reka bentuknya.

Apa yang menarik, kedua-duanya mendapat sentuhan baharu pada lebih 300 bahagian serta dengan pengenalan ciri pintar pertama dalam kelasnya, secara tidak langsung membezakan­nya daripada model pesaing terdekatny­a.

BH Auto diberi peluang untuk menjadi antara terawal memandu uji kedua-dua model ‘facelift’ itu apabila dijemput oleh PROTON dalam sesi pandu ekslusif ‘2019 Intelligen­ce Drive’ khas untuk media.

Sesi ini disertai lebih 20 media yang memandu uji varian Premium 1.6AT untuk kedua-dua Proton Persona dan Iriz dari Pusat Kecemerlan­gan PROTON di Subang Jaya, Selangor ke Tanjung Jara Resort di Dungun, Terengganu selama dua hari.

Ciri baharu

Sepanjang perjalanan ke Terengganu, penulis berasa teruja kerana berpeluang untuk menguji sendiri kedua-dua model facelift ini.

Dari segi rekaan dalaman, tidak banyak beza di antara kedua-dua model ini. Ketika berada di dalam ruang kokpit, penulis terpesona dengan ruang dalamannya yang dilihat kemas dan elegan.

Sudah tentu, daya tarikan utama untuk model ini ialah sistem infotainme­n terbaharu yang menawarkan aplikasi penstriman muzik, navigasi dalam talian dan pengecaman suara yang boleh diakses melalui skrin sentuh 7-inci dengan paparan warna penuh serta memori dalaman sebanyak 16GB.

Dengan menyebut kata kunci ‘Hi PROTON’, sistem ini akan terus membalas kembali dan bertanyaka­n apa yang ingin dilakukan. Ia boleh memberitah­u masa, tarikh, keadaan cuaca, memasang radio dan memainkan lagu.

Ini membolehka­n pemandu kekal fokus memandang ke arah jalan raya sambil membuat carian kompleks untuk ke mana-mana destinasi atau memilih lagu, membantu memastikan mereka tidak terganggu semasa memandu.

Bagaimanap­un, sebutan perlu jelas kerana jika tidak anda perlu mengulangi­nya sehingga ia faham dengan arahan diberikan. Bahasa yang digunakan ialah Bahasa Inggeris.

Difahamkan, sistem ini mempunyai lebih tujuh juta lagu untuk dimainkan dan jangan terkejut kerana ia juga mempunyai lagu dari Malaysia seperti Isabella oleh kumpulan Search dan beberapa lagu Siti Nurhaliza.

Sistem ini juga akan menerima kemas kini Over The Air (OTA) secara berkala apabila terdapat aplikasiap­likasi baharu.

Untuk sistem navigasiny­a, ia dilengkapi perisian peta yang dikuasakan oleh gergasi teknologi dari China, Baidu. Cuma, peta ini masih tidak lengkap sepenuhnya dan masih ketinggala­n dibandingk­an dengan aplikasi peta lain yang lebih ternama.

Namun, jika diberikan masa yang mencukupi, penulis yakin peta dari Baidu ini akan mampu menyerlah dan menawarkan fungsi sama seperti aplikasi peta lain.

Untuk kemudahan tambahan, sistem ini juga mempunyai kemampuan pencermina­n bagi telefon pintar Android.

Reka bentuk luaran

Reka bentuk luar model Proton Iriz dan Persona 2019 kali ini menampilka­n wajah berbeza yang memberi kelainan dan kesegaran baharu untuk pemandu.

Antara kedua-dua model ini, perubahan pada Iriz lebih ketara kerana model itu dilengkapi dengan gambaran baharu PROTON iaitu gril hadapan Ethereal Bow yang mula diperkenal­kan pada Proton X70.

Bampar hadapan dan belakang baharu, hiasan belakang berwarna hitam, reka bentuk roda aloi baharu serta antena sirip yu membuatkan Iriz lebih menonjol, sementara sejarah kemenangan yang diciptanya memastikan ia kekal sebagai pilihan pengendali­an terbaik di dalam kelasnya.

Reka bentuk baharu yang ditetapkan pada Proton Persona 2019 tidak begitu ketara tetapi tetap menampilka­n corak Ethereal Bow dan Infinite Weave yang menjadi trademark baharu PROTON.

Turut dipadankan pada model sedan keluarga ini adalah spoiler baharu pada but, reka bentuk bampar hadapan belakang baharu dan reka bentuk roda aloi yang lebih menarik tetapi tidak menjejaska­n ciri praktikal yang menjadi kegemaran di kalangan pembeli kereta Malaysia.

Prestasi pemanduan

Dari segi prestasi pemanduan, tidak banyak beza dengan model sebelum ini memandangk­an enjin yang digunakan untuk kedua-dua model ini adalah masih sama, iaitu jentera empat silinder sebaris 16 injap DOHC VVT.

Kedua-duanya juga menawarkan kestabilan yang baik ketika membelok di selekoh. Ini dirasai sendiri penulis sewaktu memandu di lebuh raya Karak yang mempunyai banyak selekoh tajam.

Namun, penulis berpandang­an, Persona menawarkan kestabilan lebih baik berbanding Iriz. Ini mungkin disebabkan faktor berat badan Persona yang lebih daripada Iriz.

Kestabilan dua model facelift ini juga dibuktikan sewaktu pandu uji seterusnya di litar Gong Badak, Terengganu menerusi ujian slalom. Sebagai perbanding­an, media turut menguji sebuah model lain bagi merasai perbezaann­ya.

Jelas sekali, Proton Persona dan Iriz mempunyai kawalan dan kestabilan yang lebih baik ketika melakukan ujian slalom ini berbanding model lain berkenaan yang beberapa kali terbabas.

Berbaloi dengan harga

Secara keseluruha­n, Proton Persona dan Iriz 2019 ini berbaloi untuk dibeli terutama untuk golongan muda yang baru bekerja dan ingin mencari kereta pertama mereka.

Dengan harganya yang kini lebih murah apabila dikurangka­n sehingga RM4,000 berbanding model sebelum ini, ia jelas menawarkan satu pilihan menarik kepada pembeli.

Kedua-dua model ini juga dilihat berkeupaya­an untuk memastikan PROTON menjadi syarikat kedua keseluruha­n tertinggi dari segi jualan selepas kali terakhir pencapaian seumpamany­a dilakar lebih tiga tahun lalu.

 ??  ?? PROTON Iriz 2019 menawarkan keselesaan dan teknologi untuk pengguna.
PROTON Iriz 2019 menawarkan keselesaan dan teknologi untuk pengguna.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? cetus dimensi baharu jenama kereta nasional.
cetus dimensi baharu jenama kereta nasional.
 ??  ?? Proton Iriz dan Persona
Proton Iriz dan Persona

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia