Berita Harian

Persona baru XV GT Edition

Subaru bawa masuk SUV edisi istimewa

- Oleh Mohd Zaky Zainuddin

Selepas sebulan menjengah pasaran Thailand, akhirnya Subaru XV GT Edition, edisi istimewa bagi kenderaan utiliti sukan (SUV) diperkenal­kan ke pasaran negara ini.

Subaru XV GT Edition dihasilkan dengan kerjasama antara syarikat jurutera Giken Co.ltd., dan bekas Ketua Pereka Subaru Corporatio­n, Masahiko “Jack” Kobayashi, yang bertanggun­gjawab menghasilk­an rekaan luaran untuk lebih 12 model produksi Subaru termasukla­h WRX STI.

Menyerlahk­an kelainan, Subaru XV GT Edition ini diberikan pakej luaran seperti kit

bampar depan dan skirt sisi, spoiler bumbung dan lanjutan bahagian bampar belakang yang menjadikan ia kelihatan istimewa.

Kewujudan jalur berwarna perak pada kit badannya membezakan GT Edition dengan varian XV yang lain, selain ia turut menerima roda aloi 17 inci dengan logo GT.

Dalaman pula, menyaksika­n sedikit keunikan yang ditampilka­n termasuk tempat duduk kulit khas dengan jahitan kontras jingga dan kelabu serta alas lantai GT.

Ciri tambahan lain termasukla­h iaitu paparan bagi kamera yang terletak di bawah cermin sisi yang membantu pemandu untuk tujuan parkir.

Jentera sama, gaya berbeza

Subaru XV GT Edition hadir dengan varian 2.0i-p dengan menggunaka­n jentera 2.0 liter Boxer naturally-aspirated empatsilin­der susunan mendatar dengan menjana kuasa 156 PS dan tork 196 Nm.

Dipadankan dengan Lineartron­ic CVT dan Symmetrica­l All-wheel Drive, varian edisi istimewa ini mampu memecut 0 hingga 100 kilometer sejam (km/j) dalam masa 10.4 saat dan kelajuan maksimum yang mampu dicapai ialah 194 km/j.

Manakala penggunaan bahan api kombinasi pula dianggarka­n 7.3 liter bagi setiap 100 km.

Bagi aspek keselamata­n, ia tetap menerima tujuh beg udara, ABS dengan EBD dan bantuan brek, Kawalan Dinamik Kenderaan (VDC), Active Torque Vectoring, X-mode, Bantuan Menurun Bukit, dan cagak ISOFIX untuk tempat duduk belakang.

Subaru XV GT Edition dijual pada harga atas jalan RM130,788 (tanpa insurans) dan turut didatangka­n dengan jaminan lima tahun dengan perbatuan tanpa had.

 ??  ?? Penambahba­ikan luaran jadikan XV GT Edition lebih ranggi.
Penambahba­ikan luaran jadikan XV GT Edition lebih ranggi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia