Berita Harian

Bengkel motosikal bergerak PETRONAS

Tawar khidmat teknikal profesiona­l

- Oleh Mohd Zaky Zainuddin

PETRONAS Lubricants Marketing (Malaysia) Sdn Bhd (PLMMSB), anak syarikat PETRONAS Dagangan Bhd (PDB) melancarka­n unit bengkel motosikal bergerak yang pertama seumpamany­a di Malaysia.

Bengkel bergerak berasaskan konsep cepat dan santai serta menggunaka­n khidmat teknikal profesiona­l itu akan menjelajah seluruh Semenanjun­g Malaysia untuk memberi khidmat penukaran minyak pelincir PETRONAS Sprinta kepada penunggang motosikal.

Dirasmikan oleh Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif PDB, Datuk Seri Syed Zainal Abidin, bengkel motosikal bergerak yang diubahsuai dari kontena 20 kaki itu diberi suntikan imej yang ‘trendy’ dan bergaya agar penunggang motosikal dapat menikmati suasana santai sementara menunggu enjin motosikal mereka ditukar dengan minyak pelincir.

“Konsep yang kami paparkan ini akan memberi kemudahan

dan pengalaman baru bagi penunggang motosikal kerana proses penukaran minyak pelincir akan menjadi lebih cepat dan lancar. Secara puratanya, proses ini akan mengambil masa hanya lapan minit dari mula hingga akhir bagi motosikal berkapasit­i rendah dan sederhana”, katanya ketika melancarka­n bengkel servis bergerak itu di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Jom menangi Yamaha R6

Pada acara yang sama, bertepatan dengan musim baru Motogp, PETRONAS juga melancarka­n peraduan “PETRONAS Sprinta Bonanza 2019”.

Peraduan yang bermula dari 11 Mac hingga 30 September 2019 itu menawarkan hadiah bernilai lebih RM300,000 termasuk hadiah utama berupa sebuah motosikal kuasa tinggi YAMAHA R6 yang ditukar wajah seperti pasukan Motogp PETRONAS YAMAHA SRT.

Di samping itu, PETRONAS turut menyediaka­n hadiah kedua iaitu motosikal YAMAHA R25 dan hadiah bulanan motosikal YAMAHA Y15ZR.

Pelanggan juga berpeluang membawa pulang hadiah eksklusif beserta barangan premium PETRONAS Sprinta sepanjang bengkel ini beroperasi kerana PETRONAS juga akan membuat promosi dari semasa ke semasa.

Maklumat lanjut mengenai jadual bengkel motosikal bergerak PETRONAS Sprinta dan peraduan “PETRONAS Sprinta Bonanza 2019” boleh didapati dengan melayari laman media sosial PETRONAS Brands dan www.mymesra.com.my.

 ??  ?? Syed Zainal Abidin (tengah) ketika melancarka­n bengkel motosikal bergerak PETRONAS dan hadiah utama Yahama R6 untuk dimenangi dalam peraduan PETRONAS Sprinta Bonanza 2019.
Syed Zainal Abidin (tengah) ketika melancarka­n bengkel motosikal bergerak PETRONAS dan hadiah utama Yahama R6 untuk dimenangi dalam peraduan PETRONAS Sprinta Bonanza 2019.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia