Berita Harian

HAVAL Crazy Raya

-

Sempena meraikan penjualan sebanyak lima juta unit kenderaan Haval di seluruh dunia, Haval Malaysia melancarka­n kempen ‘HAVAL Crazy Raya’ bagi menghargai pelanggan selain ingin turut sama memeriahka­n musim perayaan Aidilfitri yang bakal tiba.

Kempen ini menawarkan jaminan perbatuan tanpa had selama lapan tahun bagi model HAVAL H2 manakala HAVAL H1 pula adalah selama tujuh tahun untuk pakej jaminan yang sama.

Ketua Bahagian Pengedar Jualan GO Auto Sales Sdn Bhd, Suhaimi Nawawi, berkata pelanggan yang membeli HAVAL H2 juga turut menikmati perkhidmat­an servis dan alat ganti percuma selama lima tahun.

“HAVAL adalah satu-satunya kenderaan utiliti sukan (SUV) yang hadir dengan tawaran jaminan seperti itu di Malaysia. Ia adalah tawaran keemasan yang perlu direbut oleh peminat SUV untuk memiliki kenderaan pilihan mereka.

“Tawaran ini juga secara tidak langsung meningkatk­an keyakinan orang ramai bahawa HAVAL adalah peneraju SUV yang diyakini di Malaysia dan seluruh dunia,” katanya.

Tempahan hingga akhir Jun

GO Auto Sales Sdn Bhd, pengedar kenderaan HAVAL di Malaysia turut menawarkan pakej pemilikan kenderaan yang menarik kepada pembeli yang membuat tempahan sehingga 30 Jun 2019.

Menurut Suhaimi, pembeli boleh memilih satu daripada tiga pakej pemilikan yang ditawarkan bagi model HAVAL H2 bersesuaia­n dengan keinginan dan apa yang pasti pakej berkenaan pastinya memberikan bonus kepada pembeli.

“Menurutnya, mereka yang berminat boleh mendapatka­n maklumat lanjut mengenai tawaran jaminan dan pakej itu di laman web rasmi www.haval.my atau layari laman sosial Facebook, HAVAL Malaysia,” katanya.

Selain itu katanya, orang ramai juga boleh melihat dengan lebih dekat atau memandu uji SUV berkenaan di beberapa lokasi siri jelajah atau hadir sendiri di pusat jualan HAVAL di seluruh negara.

“Jaminan dan pakej menarik ini pastinya memberikan kelegaan kepada pembeli serta mereka tidak lagi pening kepala dan menikmati sepuas - puasnya pemanduan SUV yang sebenar,” jelasnya.

 ??  ?? Haval Malaysia menawarkan jaminan perbatuan tanpa had selama lapan tahun bagi model HAVAL H2 sempena kempen ‘HAVAL Crazy Raya’ yang berlangsun­g sehingga 30 Jun 2019.
Haval Malaysia menawarkan jaminan perbatuan tanpa had selama lapan tahun bagi model HAVAL H2 sempena kempen ‘HAVAL Crazy Raya’ yang berlangsun­g sehingga 30 Jun 2019.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia