Berita Harian

Pulau Pinang kekal destinasi pelaburan utama negara

-

Pulau Pinang menarik pelaburan berjumlah RM129.1 bilion dalam sektor pembuatan pada 2018 dan secara konsisten berada pada kedudukan sebagai antara destinasi pelaburan utama di negara ini sejak lima dekad yang lalu.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembanguna­n Pelaburan Malaysia (MIDA), Arham Abdul Rahman, berkata agensi itu telah meluluskan 4,084 projek pembuatan yang mewujudkan lebih 516,600 pekerjaan, terutama dalam produk elektrik dan elektronik, produk logam asas, peralatan saintifik dan pengukuran, serta jentera dan peralatan pengangkut­an.

“Sejak ketibaan lapan syarikat perintis dari luar negara, yang juga dikenali sebagai ‘Lapan Samurai’ di Pulau Pinang pada tahun 1970-an, negara ini terus menjadi lokasi operasi syarikat multinasio­nal dan syarikat besar tempatan,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Banyak peluang perniagaan

Beliau berkata syarikat seperti WD Media (Malaysia), Intel Technology, Jabil Circuits, B Braun Medical Industries, Osram Opto Semiconduc­tor, HP Malaysia, Vitrox Technologi­es, Inari Group, Southern Steel dan DSEM System Technology menjanjika­n banyak peluang dan kerjasama perniagaan di negeri berkenaan.

Sementara itu, Arham juga berkata MIDA sedang menjalanka­n program yang diperkenal­kan oleh Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri untuk memudahkan pelaksanaa­n Revolusi Perindustr­ian Keempat (IR 4.0).

Ini termasuk program penilaian kesediaan, program jaminan pinjaman bagi syarikat-syarikat untuk melabur dalam automasi dan pemodenan dan program pembanguna­n vendor Industry4w­rd.

“Ketika ini MIDA sedang mempermuda­hkan pelaburan berkaitan IR 4.0 melalui skim seperti insentif cukai, dana strategik pelaburan domestik, elaun modal automasi dan dana berimpak tinggi.

“Pelbagai keterlibat­an dengan komuniti perniagaan kini sedang dijalankan untuk mengetenga­hkan peluang-peluang yang disediakan bagi syarikat,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia