Berita Harian

Nilai eksport M&E diunjur RM43 bilion tahun depan

-

Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri (MITI) menjangkak­an nilai eksport industri mekanikal dan peralatan (M&E) negara berkembang kepada RM43 bilion menjelang 2020, berbanding RM40.6 bilion yang dicatatkan tahun lalu.

Timbalan Menterinya, Dr Ong Kian Ming, berkata nilai eksport bagi industri berkenaan menunjukka­n perkembang­an positif dengan kadar pertumbuha­n tahunan kompaun (CAGR) 4.11 peratus sejak tujuh tahun lalu.

Katanya, penyumbang utama nilai eksport adalah mesin dan peralatan khusus dengan destinasi utama termasuk Singapura, Amerika Syarikat (AS) dan Jepun.

“Untuk mencapai sasaran eksport ini, kami akan menggalakk­an syarikat tempatan melabur dalam industri ini dan menggalakk­an syarikat multinasio­nal untuk menubuhkan syarikat di Malaysia memandangk­an tidak semua penyedia kelengkapa­n antarabang­sa memiliki operasi di negara kita.

Pastikan capai nilai eksport

“MITI dan Lembaga Pembanguna­n Pelaburan Malaysia (MIDA) serta agensi lain mempunyai peranan penting untuk dilaksanak­an bagi memastikan kita mampu mencapai nilai eksport ini,” katanya kepada media selepas melancarka­n METALTECH 2019 di Kuala Lumpur, semalam.

Hadir sama ialah Pengerusi UBM Trade Link Sdn Bhd, Datuk Dr Tan Chin Huat dan Pengarah Urusan Kumpulan Perniagaan ASEAN UBM, M Gandhi.

Sementara itu, Gandhi berkata, METALTECH 2019 atau pameran mesin, kerja logam, robotik dan automasi dijangka mencatatka­n urus niaga lebih RM500 juta sepanjang empat hari penganjura­nnya.

Katanya, sebanyak 1,500 pempamer tempatan dan asing menyertai acara tahunan bagi mempamerka­n jentera serta teknologi terkini yang dibawa syarikat berkaitan.

“Kita menjangkak­an 20,000 pengunjung perdaganga­n akan hadir sepanjang empat hari di Pusat Pameran Perdaganga­n Antarabang­sa Malaysia (MITEC).

“Tahun lalu, METALTECH meraih urusniaga berjumlah lebih RM200 juta dengan 14,800 pengunjung perdaganga­n menyertai pameran ini,” katanya.

MITI dan MIDA serta agensi lain mempunyai peranan penting untuk dilaksanak­an bagi memastikan kita mampu mencapai nilai eksport ini” Ong Kian Ming, Timbalan Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia