Berita Harian

FBM KLCI susut 2.41 mata

Aktiviti pengambila­n untung jejas prestasi pasaran

- ULASAN PASARAN

Bursa Malaysia ditutup rendah pada akhir dagangan susulan aktiviti pengambila­n untung dalam kalangan pelabur.

Pada jam 12.30 tengah hari, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.41 mata kepada 1,609.02, selepas dibuka 2.21 mata lebih rendah pada 1,609.22 berbanding 1,611.43 semalam.

Kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 402 berbanding 226, manakala 316 kaunter tidak berubah, 967 tidak diniagakan dan 23 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 1.13 bilion saham bernilai RM733.13 juta.

Data pertumbuha­n ekonomi terkini Malaysia memberi impak minimum ke atas pasaran ekuiti memandangk­an ia sudah diambil kira, kata penganalis­is.

Beliau berkata kebimbanga­n terhadap ketegangan perdaganga­n Amerika Syarikat-china terus menjejaska­n sentimen pelabur selepas Presiden Donald Trump mengisytih­arkan kecemasan kebangsaan terhadap teknologi negara itu.

Ini muncul ekoran kempen terhadap penyedia penyelesai­an ICT dunia, Huawei.

Antara saham wajaran tinggi, Maxis menambah dua sen kepada RM5.34 dan Public Bank menokok dua sen kepada RM22.50.

Petronas Gas dan Petronas Dagangan memperoleh manfaat hasil kenaikan ahrga minyak, apabila masing-masing menambah dua sen dan enam sen kepada RM16.66 dan RM24.46.

Bagi saham aktif, Leong Hup Internatio­nal yang baru disenarai, menambah dua sen kepada RM1.12, Vortex meningkat satu sen kepada 28.5 sen manakala Lambo susut setengah sen kepada tujuh sen.

Indeks FBM Emas susut 13.94 mata kepada 11,339.23, Indeks FBMT 100 turun 12.46 mata kepada 11,174.43 manakala Indeks FBM Emas Shariah merosot 19.23 mata kepada 11,506.49.

FBM 70 meningkat 1.77 mata kepada 13,951.91 manakala FBM Ace susut 42.49 mata kepada 4,406.00.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmat­an Kewangan meningkat 3.71 mata kepada 16,582.50, Indeks Perladanga­n merosot 18.29 mata kepada 6,914.30, manakala Indeks produk dan Perkhidmat­an Perindustr­ian merosot 0.11 mata kepada 164.40.

 ?? [ FOTO HIASAN ] ?? Bursa Malaysia ditutup rendah pada akhir dagangan.
[ FOTO HIASAN ] Bursa Malaysia ditutup rendah pada akhir dagangan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia