Berita Harian

Perancanga­n AS tangguh tarif pacu Asia

-

Asia kukuh susulan berita Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump merancang untuk menangguhk­an tarif ke atas import auto.

Ia sekali gus memberikan sokongan kepada pasaran yang sedang mengalami ketegangan perdaganga­n, selain dipengaruh­i data ekonomi AS dan China yang lemah.

Indeks meluas MSCI saham Asia Pasifik di luar Jepun tidak berubah, dengan kedua-dua saham Australia dan Korea Selatan sedikit berubah.

Nikkei Jepun susut 0.6 peratus, dengan bank dipengaruh­i pendapatan yang lemah.

Saham Wall Street meningkat semula, dengan S&P 500 mencecah 0.58 peratus dan MSCI menokok semula selepas mencecah paras terendah dua bulan pada Selasa.

Tiga pegawai pentadbira­n memberitah­u Reuters, Trump dijangka menangguhk­an keputusan mengenai tarif yang dikenakan kepada kereta dan bahagian yang diimport sehingga enam bulan.

Trump dan Presiden China, Xi Jinping mungkin mengadakan perjumpaan, bulan depan, ketika Persidanga­n G20 untuk menyelesai­kan pertikaian perdaganga­n, kata penasihat ekonomi Rumah Putih.

Beliau memaklumka­n China sudah menjemput Setiausaha Perbendaha­raan As, Steven Mnuchin dan Wakil Perdaganga­n AS, Robert Lighthizer ke Beijing untuk perbincang­an peringkat tinggi.

Peluang pertemuan antara Trump dan Xi, ketika persidanga­n Persidanga­n G20 di Jepun, lewat Jun amat baik, kata penasihat kanan Rumah Putih itu. Persidanga­n G20 akan dijadualka­n di Osaka pada 28 dan 29 Jun depan.

Trump sebelum ini menuduh Beijing tidak mahu melaksanak­an komitmen yang dibuat dalam rundingan dan mengarahka­n tarif hukuman baharu berkuatkua­sa Jumaat lalu, terhadap AS$200 bilion (RM831.80 bilion) import China daripada 10 kepada 25 peratus.

Beliau kemudian mengarahka­n kenaikan tarif untuk semua baki import China bernilai AS$300 bilion (RM1.24 trilion).

 ?? [ FOTO HIASAN ] ?? Saham Nikkei Jepun susut 0.6 peratus.
[ FOTO HIASAN ] Saham Nikkei Jepun susut 0.6 peratus.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia