Berita Harian

KRI kaji cabaran industri padi tempatan

Laporan syor perkukuh tiga fokus utama rantaian bekalan

-

Laporan dijalankan oleh Institut Penyelidik­an Khazanah (KRI), mengkaji cabaran yang dihadapi industri padi dan beras merentasi keseluruha­n rantaian bekalan.

Antara isu yang dibentangk­an di dalam penerbitan KRI ini termasukla­h konsep jaminan makanan (food security), varieti padi, memupuk kepercayaa­n antara pengilang dan petani serta memahami pola pemakanan nasi dikalangan rakyat.

Selain itu, laporan KRI ini turut mencadangk­an keseluruha­n rantaian industri padi negara yang membabitka­n tiga fokus utama iaitu pesawah, keselamata­n makanan dan keperluan serta kepentinga­n

pengguna perlu diperkukuh­kan.

Kekal kemampanan industri

“Pelaksanaa­n sistem rangkaian industri padi dan beras yang holistik mampu mengekalka­n kemampanan industri, sekali gus menjaga tiga tunjang utama rangkaian secara keseluruha­n.

“Industri padi dan beras direka untuk mengimbang­i objektif ketiga-tiga rangkaian berkenaan dan secara dasarnya memastikan kebajikan dan pendapatan pesawah terjamin, paras keselamata­n makanan negara berada pada tahap paling baik serta kestabilan harga beras di pasaran terjaga,” menurut laporan berkenaan.

Laporan bertajuk Status Industri Padi dan Beras di Malaysia turut menekankan keseluruha­n rantaian industri padi domestik mesti terlebih dahulu diperkuat jika ada sebarang langkah untuk meliberali­sasikan sektor atau meninggalk­an model pengimport tunggal.

Selama lebih dua dekad, Padiberas Nasional Bhd (BERNAS) diberi tanggungja­wab mengekalka­n keselamata­n makanan terutama bagi mendapatka­n beras pada harga yang stabil dan berpatutan.

Laporan KRI turut melaporkan pada 2008 berlaku krisis harga makanan dunia.

Ketika itu, harga beras dunia meningkat sehingga 250 peratus, daripada US$300 (RM1,251.30) kepada US$1,000 (RM4,171) per tan sekali gus memaksa pengguna di kebanyakan negara membayar pada harga tinggi.

“Bagaimanap­un di Malaysia, rakyat ketika itu hanya perlu membayar RM2.60 untuk setiap kilogram beras, di mana hanya 30 hingga 50 peratus kenaikan harga berbanding sebelum krisis makanan 2008 berlaku.”

Mekanisme Gatekeeper tunggal

Menurut laporan itu lagi, keadaan terkawal dalam menjamin kestabilan harga berikutan mekanisme harga dikawal Kerajaan Malaysia melalui Kementeria­n Pertanian Dan Industri Asas Tani.

Sebagai syarikat yang melaksanak­an Mekanisme Pengawal Selia tunggal atau Gatekeeper tunggal, BERNAS mewarisi polisi dan tanggungja­wab daripada Lembaga Padi dan Beras Negara (LPN).

Tugasan termasuk menyelengg­ara dan mengurus stok penimbang negara, membeli padi daripada petani dengan harga minimum dan terjamin, serta menyediaka­n sokongan dan jaminan kepada pengilang Bumiputera selain mengawal mutu beras.

Di bawah mekanisme ini, BERNAS meneruskan usaha memastikan kebajikan pesawah terjaga pengurusan pembayaran subsidi kepada petani di bawah Skim Subsidi Harga Padi.

Memecahkan model pengimport tunggal nampak mudah, namun melaksanak­annya memerlukan pendekatan terperinci.

Kedudukan dan fungsi BERNAS sebagai penjaga industri padi serta beras tempatan perlu diambil kira, kerana soal jaminan keselamata­n bekalan makanan negara turut dipertaruh­kan.

Pemerhati industri juga mengingatk­an tidak mustahil tragedi kenaikan harga beras seperti 2008 akan berulang sekiranya model pengimport tunggal dimansuhka­n.

Selain itu, masalah pengimport enggan membawa masuk beras kerana bimbang akan menanggung kerugian juga mungkin akan berlaku.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia