Berita Harian

101 jenis masakan tempatan

Swiss-garden Beach Resort Kuantan tawar bufet Ramadan

- Oleh Shahrinnah­ar Latib

Bertemakan ‘Jom Berbuka’, Swiss-garden Beach Resort Kuantan dekat Sungai Karang, di sini, menampilka­n pelbagai menu berbuka puasa berkonsepk­an makanan tempatan sepanjang Ramadan ini.

Pengurus Besarnya, Selva Kumar berkata, sebanyak 101 jenis masakan disediakan menerusi promosi bufet Ramadan yang turut menawarkan hidangan kambing panggang sebagai hidangan utama.

“Tahun ini, beberapa hidangan istimewa menanti pelanggan termasuk beriani gam kambing, gulai

kawah, ikan patin masak tempoyak dan banyak lagi.

“Kumpulan cef orang tempatan dan beragama Islam, malah restoran The Garden Terrace yang digunakan sebagai lokasi bufet Ramadan ini juga sudah mendapat pensijilan halal daripada pihak berwajib,” katanya di sini, semalam.

Menu berlainan setiap hari

Beliau berkata, menu lazat lain disediakan termasuk aneka sup, mi kari, ikan bakar, lemang, kuihmuih tradisiona­l tempatan, aneka kek, sate ayam dan daging serta pelbagai jenis kerabu.

“Semua menu ini diubah setiap hari bagi memberi kelainan dan pilihan kepada pelanggan, hanya kambing panggang sahaja akan menjadi menu tetap.

“Kami turut menyediaka­n pelbagai jenis air minuman sejuk dan panas untuk pilihan pelanggan,” katanya.

Beliau berkata, dengan mempelbaga­ikan menu yang menjadi kegemaran masyarakat Malaysia, pengunjung pasti teruja melihat juadah disediakan.

“Pihak hotel juga menyediaka­n surau bagi kemudahan pelanggan berbuka puasa di sini. Kita menyasarka­n 6,000 orang berbuka di sini sepanjang Ramadan tahun ini.

“Restoran The Garden Terrace mampu menampung pengunjung sehingga 300 orang pada satu masa, tetapi jika ada permintaan atau tempahan mengadakan majlis berbuka, kita boleh menggunaka­n dewan lain di resort ini,” katanya.

Harga bufet

Hidangan bufet bermula jam 6 petang hingga 10 malam ditawarkan pada harga RM68.89 (dewasa) untuk tempahan awal sebelum Ramadan, manakala pada harga sekarang ialah RM78.88 dengan diskaun 30 peratus untuk kanak-kanak serta warga emas.

Bagi yang berminat berbuka puasa di Swiss-garden Beach Resort Kuantan, bolehlah menghubung­i talian 09-5488288 atau melayari laman sesawang www.swissgarde­n.com atau menerusi e-mel ke ramesh@sbkn.swissgarde­n.com.

 ?? [FOTO FARIZUL HAFIZ AWANG/BH] ?? Selva (kiri) bersama cef menunjukka­n antara hidangan bufet Ramadan yang ditawarkan Swiss-garden Beach Resort Kuantan.
[FOTO FARIZUL HAFIZ AWANG/BH] Selva (kiri) bersama cef menunjukka­n antara hidangan bufet Ramadan yang ditawarkan Swiss-garden Beach Resort Kuantan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia