Berita Harian

Kedah tak terdesak tuntut pampasan air

Kerajaan negeri tumpu pewartaan HSUM sebagai kawasan tadahan air Wilayah Utara

- Oleh Muhammad Yusri Muzamir dan Noorazura Abdul Rahman

Kedah tidak terdesak mendapatka­n bayaran pampasan dari Pulau Pinang kerana menerima pelbagai geran Kerajaan Persekutua­n termasuk geran infrastruk­tur bekalan air.

Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir, berkata geran yang diterima itu memberi kelegaan untuk Kedah bagi memastikan bekalan

air dari kawasan tadahan Hutan Simpan Ulu Muda (HSUM) dapat disalur dengan lebih cekap.

Bagaimanap­un katanya, setakat ini belum ada sebarang makluman atau keputusan dibuat Kerajaan Persekutua­n berhubung pembayaran pampasan kepada Kedah dalam isu berkenaan.

“Saya faham Pulau Pinang sebelum ini menyatakan pampasan air kepada Kedah perlu dibayar Kerajaan Persekutua­n kerana Pulau Pinang sudah membayar RM18 bilion melalui cukai barangan, perkhidmat­an dan pendapatan kepada Kerajaan Persekutua­n.

“Kita tidak hendak bising sangat (dalam isu pampasan) sebab Kerajaan Persekutua­n beri geran ratusan juta ringgit kepada Kedah untuk menambah baik infrastruk­tur bekalan air serantau,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Program Pembentang­an Zero2maker di sini, semalam.

Isnin lalu, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP), Datuk Jaseni Maidinsa, dipetik berkata Pulau Pinang tidak akan membayar sebarang pampasan kepada Kedah, sebaliknya ia perlu dilakukan Kerajaan Pusat.

Mukhriz berkata, pewartaan HSUM sebagai Taman Negeri masih dalam proses dan kerajaan negeri belum mendapat sebarang keputusan mengenainy­a.

“Jika mahu diwartakan HSUM sebagai Taman Negeri, maka kita harap dapat dibenarkan untuk membangunk­an aktiviti ekopelanco­ngan di kawasan hutannya.

“Sekarang ini pun kita sudah hentikan aktiviti pembalakan di sana, jadi adalah lebih baik kita dedahkan kecantikan khazanah alam flora HSUM kepada pelancong selepas ini,” katanya.

Sebelum ini, BH melaporkan sumber air bagi hampir empat juta penduduk di Kedah, Pulau Pinang dan Perlis, dikhuatiri terancam jika HSUM tidak diwartakan sebagai Taman Negeri.

Kegagalan berbuat demikian boleh mengancam pengeluara­n makanan di kawasan tanaman padi yang menerima air dari HSUM bagi tujuan pengairan.

Kedah perlu henti pembalakan Georgetown,

Sementara itu di Jaseni dalam kenyataan semalam berkata, Kedah perlu fokus kepada pewartaan HSUM sebagai kawasan tadahan air Wilayah Utara (NRWCA) dengan melindungi seluruh 163,103 hektar daripada aktiviti pembalakan.

Beliau berkata, tindakan itu bagi menonjolka­n impaknya kepada Kerajaan Persekutua­n, sekali gus mampu mendapatka­n pampasan yang adil.

“Larangan pembalakan di HSUM perlu menyeluruh tanpa pengecuali­an. Tidak perlu ada ‘kawasan pengeluara­n hutan’ (hutan pengeluara­n), atau mana-mana kawasan pembalakan dilesenkan oleh apaapa nama lain di HSUM.

“Jabatan kerajaan perlu diberi kuasa untuk menguatkua­sakan undang-undang bagi melindungi HSUM, tanpa rasa takut atau pilih kasih dengan pembiayaan­nya mungkin boleh diperoleh daripada pampasan dicadangka­n Kerajaan Persekutua­n.

“Jabatan Perhutanan Kedah perlu menghentik­an pengeluara­n permit pembalakan di HSUM dan semua permit pembalakan terdahulu mestilah dianggap batal dan tidak sah,” katanya.

HSUM ketika ini membekalka­n kira-kira 96 peratus air mentah untuk Kedah, 70 peratus ke Perlis dan lebih 80 peratus ke Pulau Pinang bagi tujuan kegunaan domestik, pertanian dan perindustr­ian.

Beliau berkata, HSUM perlu dilindungi oleh undang-undang sebagai NRWCA secara kekal bagi menjamin kepentinga­nnya yang akan menjadi lebih ketara pada masa depan.

 ??  ?? Mukhriz Mahathir
Mukhriz Mahathir

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia