Berita Harian

Peluang ikuti program MBBS MSU di Bangalore, Shah Alam

Program perubatan MSU diiktiraf MCI, SLMC, MMDC

- Oleh Mohd Khairul Anam Md Khairudin

Penawaran program perubatan di Management and Science University (MSU) bermatlama­t untuk melahirkan lebih ramai pakar perubatan terutama untuk membantu kerajaan mencapai matlamat memperkasa­kan pemba-ngunan modal insan dalam bidang berkenaan.

Melalui Internatio­nal

Medical School (IMS), program perubatan atau MBBS ditawarkan di kampus utama MSU di Shah Alam dan di kampus pesisir antarabang­sa MSU di Bangalore, India.

Menariknya, kualiti program perubatan MSU terbukti apabila kampus pesisir antarabang­sa MSU di Bangalore menjadi sekolah perubatan pertama mendapat akreditasi untuk tempoh lima tahun daripada Malaysian Medical Council

(MMC).

Selain itu, program MBBS berkenaan juga mendapat pengiktira­fan badan profesiona­l antarabang­sa seperti Medical Council of India (MCI), Sri Lanka Medical Council (SLMC) dan Maldives Medical and Dental Council (MMDC).

Program antarabang­sa

Program MBBS di MSU merangkumi tempoh lima tahun dengan pelajar perlu melalui tiga fasa pengajian yang dibezakan mengikut jangka masa, subjek dan aktiviti.

Fasa pertama dan kedua merangkumi sistem berasaskan modul, manakala fasa ketiga merangkumi penempatan berasaskan pengkhusus­an seperti perubatan, pembedahan, obstetrik dan ginekologi, pediatrik, psikiatri, perawatan primer, perubatan ortopedik serta kecemasan.

MSU turut memiliki hospital pengajaran sendiri dikenali sebagai MSU Medical

Centre yang menyediaka­n kemudahan latihan klinikal kepada mahasiswa perubatann­ya.

Di samping akademik, pelajar turut didedahkan dengan pelbagai aktiviti luaran yang bermatlama­t memperkasa­kan pengalaman pembelajar­an ser

ta kemahiran insaniah mereka.

Mereka juga berpeluang mendapat pendedahan antarabang­sa melalui Global Mobility Programme (GMP), Global Leadership Programme (GLP) dan Glo-bal

Internship Programme (GIP). Pengambila­n pelajar baharu program MBBS di MSU dibuka kepada pelajar lepasan Sijil Tinggi Persekolah­an Malaysia (STPM), praunivers­iti, diploma, A-level dan matrikulas­i dengan pemohon perlu menduduki Medical Entry Test (MET) yang akan mengukur tahap kebolehan setiap calon.

 ??  ?? Mahasiswa MBBS MSU turut didedahkan dengan pelbagai aktiviti luaran bagi memperkasa­kan pengalaman pembelajar­an dan kemahiran insaniah.
Mahasiswa MBBS MSU turut didedahkan dengan pelbagai aktiviti luaran bagi memperkasa­kan pengalaman pembelajar­an dan kemahiran insaniah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia