Berita Harian

Projek TRK akan dibawa ke Kabinet

Kertas cadangan selesai isu siap dalam tempoh sebulan

- Oleh Irwan Shafrizan Ismail

Isu projek pembanguna­n Taman Rimba Kiara (TRK) akan dibawa ke Kabinet untuk diputuskan sama ada projek dibatalkan dengan sejumlah pampasan dibayar kepada pemaju ataupun diteruskan dengan cadangan saiz projek dikecilkan.

Menteri Wilayah Persekutua­n, Khalid Abdul Samad, berkata kertas cadangan penyelesai­an isu TRK akan disiapkan dalam tempoh sebulan sebelum dibentangk­an kepada Kabinet.

“Kertas cadangan sedang disiapkan

kementeria­n saya untuk diedarkan kepada semua kementeria­n bagi mendapat ulasan dan komen, jadi proses ini dijangka mengambil masa sebulan sebelum kita dapat bentang ke Kabinet.

“Ada juga pihak yang kata isu ini turut memerlukan pandangan Peguam Negara (Tommy Thomas), tetapi sememangny­a ketika mesyuarat Kabinet itu nanti pandangan dan nasihat Peguam Negara turut diambil kira dan ini adalah prosedur biasa,” katanya pada sidang media khas berhubung isu TRK di sini, semalam.

Perlu diteliti Peguam Negara

Kelmarin, Ahli Parlimen Segambut yang juga Timbalan Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat Hannah Yeoh, berkata isu projek pembanguna­n di TRK perlu diteliti Peguam Negara sebelum ia dibawa untuk diputuskan Kabinet.

Hannah sebelum ini turut menolak cadangan Khalid yang bersetuju saiz projek pembanguna­n TRK dekat Taman Tun Dr Ismail (TTDI) itu dikecilkan.

Selain itu, Khalid berkata, sekiranya projek itu dibatalkan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) perlu membayar ganti rugi RM150 juta kepada pemaju dan langkah itu adalah pembaziran kepada dana awam.

“Saya bukan mahu melindungi hak pemaju seperti didakwa sesetengah pihak, tetapi saya mahu menyelamat­kan dana awam dan tidak mahu duit DBKL digunakan sewenang-wenangnya. Duit DBKL bukan milik saya, yang boleh digunakan sesuka hati,” katanya.

Pemaju setuju

Beliau berkata, persetujua­n rundingan dengan pemaju adalah penyelesai­an terbaik yang mana mereka sudah bersetuju mengurangk­an 50 peratus daripada pelan pembanguna­n asal mereka.

“Daripada tanah asal seluas 4.8 hektar milik pemaju, mereka sanggup kembalikan 1.6 hektar untuk rumah panjang dan ruang untuk pembanguna­n, iaitu 3.2 hektar, separuh daripadany­a dikembalik­an kepada taman itu.

“Malah, daripada perintah pembanguna­n asal, iaitu pembinaan lapan blok dengan ketinggian 51 tingkat, pemaju setuju untuk kurangkan kepada empat blok dengan ketinggian 45 tingkat,” katanya.

Khalid berkata, pemaju juga sudah memberi jaminan akan membangunk­an rumah untuk penduduk rumah panjang yang dibina percuma untuk 100 keluarga dan 100 lagi unit akan dijual dengan harga 50 peratus lebih rendah dari harga pasaran.

“Oleh itu, DBKL dapat jimat duit mereka, pihak penduduk dapat semula 1.6 hektar kawasan taman dan kawasan pembanguna­n tidak terjejas yang mana hanya mengambil sebahagian kawasan tempat letak kereta taman itu dan sebahagian kawasan rumah panjang,” katanya.

Dalam pada itu Khalid berkata, beliau turut kesal dengan kenyataan Datuk S Ambiga dan Pengarah Eksekutif C4, Cynthia Gabriel yang sering mengeluark­an kenyataan menentang projek pembanguna­n itu tanpa mendengar penjelasan dari pihak kementeria­n.

“Mereka tidak pernah sekali pun jumpa bertemu saya dan tiba-tiba mereka membantai projek ini, seharusnya mereka datang berjumpa saya dulu dan dengar penerangan.. walhal saya berkawan baik dengan Ambiga,” katanya.

 ??  ?? Khalid Abdul Samad
Khalid Abdul Samad

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia