Berita Harian

Bekal air terawat 325 juta liter sehari

Tampung 325,000 akaun pengguna di Selangor, Kuala Lumpur

- Oleh Luqman Arif Abdul Karim luqman.arif@bh.com.my

Fasa pertama Loji Rawatan Air (LRA) Langat 2 diyakini berupaya membekalka­n air terawat dengan kapasiti 325 juta liter sehari (MLD) pada penghujung Ogos ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB), Abdul Hadi Ali, berkata fasa pertama LRA Langat 2 yang sepatutnya membekalka­n 1,130 MLD kini siap 70 peratus, masih menepati

jadual projek.

Katanya, PAAB akan memulakan proses ujian dan pentauliah­an LRA Langat 2 pada 21 Mei ini, sebelum bekalan air terawat berupaya disalurkan ke akaun pengguna di sekitar Selangor serta Kuala Lumpur.

Ambil masa tiga bulan

“Proses ini akan mengambil masa tiga bulan setengah untuk selesai. Justeru, kita jangka bekalan air terawat dengan kapasiti 325 MLD berupaya disalurkan penghujung Ogos ini.

“Bekalan ini akan mampu menampung permintaan bekalan air terawat bagi 325,000 akaun pengguna di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan zakat dan sumbangan PAAB prihatin, ‘Oh Seronoknya Raya 2019’, di ibu negara, semalam.

Yang turut hadir, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Amiruddin Hamzah dan Pengerusi PAAB, Datuk Seri Dr Nik Norzrul Thani Nik Hassan Thani.

Sempena keberkatan Ramadan, PAAB mengagihka­n peruntukan sumbangan RM40,000 kepada golongan kurang bernasib baik dan yang memerlukan.

Tahun ini, PAAB mengambil keputusan menyalurka­n sumbangan zakat RM5,000 dan barangan elektrik kepada Pertubuhan Kebajikan Asnaf Al-barakh, Keramat AU3, selain menyediaka­n kelengkapa­n Aidilfitri serta duit raya kepada 60 anak yatim daripada pertubuhan berkenaan.

PAAB turut menyerahka­n sumbangan zakat RM1,000 kepada Khatijah Abdul Karim, iaitu balu Allahyarha­m Mohammad Suhaimi Khamis, yang terbabit dalam kemalangan memilukan di Lebuhraya Utara Selatan, Februari lalu.

 ?? [FOTO BERNAMA] ?? Amiruddin dan Hadi bersama anak yatim Pertubuhan Kebajikan Asnaf Al-barakh pada Majlis Penyerahan Zakat PAAB di Kuala Lumpur, semalam.
[FOTO BERNAMA] Amiruddin dan Hadi bersama anak yatim Pertubuhan Kebajikan Asnaf Al-barakh pada Majlis Penyerahan Zakat PAAB di Kuala Lumpur, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia