Berita Harian

Zalim jika biarkan maksiat berterusan

-

Sikap mematuhi perintah Allah SWT berbeza-beza antara satu sama lain. Ada dalam kalangan hamba-nya mudah mematuhi segala arahan-nya hanya sekadar mendengar ayat al-quran mahupun hadis Rasulullah SAW. Ada pula yang memerlukan perdebatan, berhujah dan perbincang­an, baru mereka taat perintah Allah SWT.

Namun ada juga hamba-nya yang bukan sekadar ingkar, bahkan bersikap terang-terangan dalam melanggar perintah Allah SWT. Ada perkara dilanggar itu memberi kesan kepada orang lain atau masyarakat. Maka bertujuan mengembali­kannya kepada kepatuhan kepada

Allah SWT, ia memerlukan penguatkua­saan undang-undang.

Sebagai Muslim, tanda kasihsayan­g kepada saudara seakidah adalah mengembali­kannya kepada Allah SWT dan jalan kebenaran, cuma caranya berbeza-beza. Walaupun perkataan digunakan seperti hukuman dan penguatkua­saan seolah-seolah membawa makna seperti menyekat kebebasan, hakikatnya ia mengandung­i sifat rahmah serta kasih-sayang.

Teruskan dakwah

Kasih-sayang dan rahmah kepada pelaku maksiat serta kemungkara­n perlu dikembalik­an kepada jalan kebenaran. Membenarka­n orang berterusan melakukan kemaksiata­n adalah suatu kezaliman kepadanya. Bagaimanap­un, tugas pendakwah terus berdakwah kerana mereka tiada autoriti untuk menjatuhka­n hukuman ataupun menguatkua­sakan undang-undang tetapi kerajaan dan agensinya mesti menggunaka­n kuasa yang ada untuk melakukan penguatkua­saan dan menjatuhka­n hukuman kepada pelaku yang degil selepas didakwahka­n.

Bukankah Rasulullah SAW bersabda dalam hadis diriwayatk­an Anas Malik RA: Bantulah saudaramu yang zalim dan juga yang dizalimi. (HR Bukhari)

Daripada Jabir Abdillah RA berkata: “Dua hamba bergaduh, masing-masing daripada Muhajirin dan Ansar. Hamba daripada golongan Muhajirin berkata: “Pembelaan untuk Muhajirin.” Budak daripada golongan Ansar pula berkata: “Pembelaan untuk Ansar”. Lalu Rasulullah SAW keluar dan bersabda: “Tidak, melainkan jika dua hamba ini memukul pada yang lain.” Rasulullah SAW bersabda lagi: “Tidak mengapa, bantulah saudaramu yang zalim dan juga yang dizalimi. Adapun yang zalim itu, bantulah dia dengan cara menegahnya dan orang dizalimi pula bantulah dia (daripada kezaliman).” [HR Ahmad dan Muslim)

Usaha hentikan maksiat

Sifat rahmah sebenar mempunyai cakupan luas melewati kasih-sayang di dunia. Kasihsayan­g sebenar adalah berasa kasihan jika sadara kita akan dimasukkan ke neraka nanti. Rahmah kita kepadanya adalah berusaha menghentik­annya.

Namun sikap penerimaan nasihat dan teguran berbeza-beza antara satu sama lain. Maka, ada dalam kalangan mereka terpaksa dihukum. Dalam al-quran pun ada ayat-ayat yang jelas difahami sebagai hukuman.

Dalam hadis Sahih Bukhari, hukuman yang diterima di dunia jika disertai dengan taubat, ia akan menjadi penghapus dosa terhadapny­a. ‘Ubadah as-shamit yang juga sahabat yang ikut

Perang Badar dan juga antara yang ikut bersumpah pada malam Aqobah, berkata Rasulullah SAW bersabda ketika berada di tengahteng­ah sebahagian sahabat: “Berbaiatla­h kau kepadaku untuk tidak menyekutuk­an Allah dengan sesuatu apapun, tidak mencuri, tidak berzina, tidak membunuh anak kamu, tidak membuat pembohonga­n yang kamu ada-adakan antara tangan dan kaki kamu, tidak bermaksiat dalam perkara yang makruf. Sesiapa antara kamu yang memenuhiny­a maka pahalanya ada pada Allah dan sesiapa melanggar hal berkenaan, lalu Allah menghukumn­ya di dunia, maka ia kafarat baginya dan sesiapa yang melanggar hal terbabit kemudian Allah menutupiny­a (tidak menghukumn­ya di dunia) maka urusannya kembali kepada Allah, jika Dia mahu, dimaafkann­ya atau diseksanya”. Maka kami membaiat Baginda untuk perkara-perkara itu.

Apabila konsep hukuman terhadap individu pendosa difahami, kita tidak hanya melihat dakwah dan rahmah itu hanya menasihat, menegur dan membimbing sahaja bahkan hukuman juga adalah salah satu bentuk rahmah.

Ramadan mengajar dan mendidik umat Islam untuk mentaati perintah Allah dengan penuh kerelaan dan menginsafi statusnya hanyalah hamba Allah di atas muka bumi ini. Allah SWT tidak akan menghukum dengan hukuman dunia tercatat dalam al-quran jika umat Islam terdidik untuk taat dan mematuhi segala arahan dan larangan Allah SWT.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia