Berita Harian

Sahabat An-nur santuni masyarakat luar masjid, surau

Platform kumpulkan penduduk setempat di bawah satu kariah

- Oleh Hafizah Iszahanid

Kesibukan tugas seharian membataska­n keakraban sesetengah ahli kariah dengan masjid meskipun ada kalanya jarak antara rumah dan rumah Allah itu mungkin kurang satu kilometer.

Disebabkan jarang berkesempa­tan ke masjid juga mungkin menyebabka­n ukhwah dan persaudara­an dengan penduduk setempat juga kurang mesra.

Hal ini disedari masyarakat kariah Masjid An-nur, Saujana Utama, Sungai Buloh, di sini, justeru, mereka mengambil langkah membentuk platform untuk mengumpulk­an masyarakat setempat di bawah kariah masjid itu.

Empat surau

Kariah Masjid An-nur merangkumi empat surau, iaitu Surau Makmuriah, Surau Mustaqim, Surau Hidayah dan Surau Mauizhah dengan melahirkan program dikenali sebagai Sahabat An-nur.

Ketua Biro Belia Masjid An-nur, Hizwan Nizam, berkata program itu bertujuan mengimarah­kan masjid atau surau, sekali gus menjadikan penduduk setempat lebih akrab dengan rumah Allah.

“Hal ini menerusi penganjura­n program yang dianjurkan, selain mereka turut bertindak sebagai pelaksana kepada program anjuran masjid atau surau.

“Sudah sampai masanya untuk orang masjid atau surau keluar menyantuni masyarakat di luar berbanding selesa dalam kelompok sendiri.

“Sahabat An-nur ialah platform terbaik untuk usaha itu kerana melaluinya, masyarakat dapat dimaklumka­n dengan sebarang program anjuran masjid dan surau,” katanya kepada Ibrah selepas Program Sahabat An-nur dilancarka­n oleh Timbalan Mufti Selangor, Datuk Dr Anhar Opir.

Wujudkan bandar patuh syariah

Hizwan berkata, penubuhan Sahabat An-nur juga atas keinginan bersama untuk mewujudkan bandar patuh syariah menerusi pergerakan kumpulan wakil masjid dan surau yang bertindak menyantuni masyarakat dengan kerja dakwah serta tugasan amar makruf nahi mungkar di luar masjid atau surau.

“Motivasi pembentuka­n Sahabat An-nur juga disuntik oleh cadangan Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Masjid Negeri Shah Alam, Ustaz Mohd Luqman Hakkim Rizuan mengenai keperluan pembentuka­n sekumpulan anak muda yang diselia dan dibimbing Masjid An-nur.

“Ia juga cadangan sebilangan masyarakat yang kerap melazimi Masjid An-nur, jadi hari ini ia berjaya direalisas­ikan,” katanya.

 ?? [ FOTO ASYRAF HAMZAH /BH ] ?? Anhar (kiri) bersama Pengerusi Surau Al-ma’muriah Taman Seri Pristana, Shahrudin Karim (dua dari kiri) melancarka­n Sahabat An-nur selepas ceramah Khas Ambang Ramadan di Surau Al-ma’muriah Taman Seri Pristana, Sungai Buloh, baru-baru ini.
[ FOTO ASYRAF HAMZAH /BH ] Anhar (kiri) bersama Pengerusi Surau Al-ma’muriah Taman Seri Pristana, Shahrudin Karim (dua dari kiri) melancarka­n Sahabat An-nur selepas ceramah Khas Ambang Ramadan di Surau Al-ma’muriah Taman Seri Pristana, Sungai Buloh, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia