Berita Harian

Usah abaikan kesempatan beriktikaf

-

iktikaf atau menetap di dalam masjid bertujuan mendekatka­n diri kepada Allah SWT ialah ibadat sunat yang sangat dituntut tetapi selalu diabaikan meskipun sudah berada di rumah Allah itu.

Dalam perbahasan fiqh, iktikaf hukumnya sunat atau mustahabah (dianjurkan) yang boleh dilaksanak­an pada setiap waktu berdasarka­n pandangan dalam mazhab Shafie dan Hambali.

Bagaimanap­un, ulama daripada mazhab Hanafi membahagik­an hukumnya kepada tiga, iaitu sunat muakadah (dituntut) pada 10 hari terakhir Ramadan; selain satu pertiga Ramadan (mustahabah) dan didahuluka­n nazar (wajib).

Hukum wajib akibat nazar itu juga dipegang dalam mazhab Shafie dan Hambali, sekali gus menjadikan orang yang bernazar wajib untuk menyempurn­akan tempoh yang dinazarkan itu.

Rukun iktikaf mempunyai empat asas, iaitu orang yang berbuat demikian, masjid, menetap dan niat yang biasanya dilupakan orang.

Solat tahyatul masjid

Oleh itu, sekiranya berada di dalam masjid sama ada solat lima waktu atau Jumaat, orang beriman disunatkan menunaikan solat tahyatul masjid dan berniat untuk beriktikaf.

Dalam lembaran sunnah Rasulullah SAW, amalan iktikaf menjadi rutin Baginda khususnya pada 10 hari dan malam terakhir Ramadan.

Ummul Mukminin Aishah RA meriwayatk­an Baginda beriktikaf pada 10 hari terakhir Ramadan hingga wafat. Kemudian isteri Baginda turut beriktikaf selepas kewafatann­ya. (HR Muslim)

Nabi SAW beriktikaf dengan memasuki masjid sebelum matahari terbenam pada malam 21 Ramadan dan Baginda akan keluar selepas matahari tenggelam pada malam Aidilfitri.

Ganjaran pahala yang besar dan perlindung­an daripada dosa juga dijanjikan oleh Rasulullah SAW kepada orang beriman yang melakukan iktikaf.

Abdullah ibnu Abbas RA berkata sesungguhn­ya Rasulullah SAW bersabda mengenai orang beriktikaf bahawa dia terpelihar­a daripada dosa dan dianugerah­kan amalan kebaikan sama seperti orang yang melakukan semua amalan kebaikan. (HR Tirmizi)

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia