Berita Harian

Jakel lancar platform belian dalam talian

-

Kuala Lumpur: Terkenal sebagai pusat sehenti untuk mendapatka­n koleksi lengkap pakaian raya, gedung tekstil terbesar, Jakel tampil dengan kelainan apabila melancarka­n platform dalam talian iaitu www.jakelstore.my.

Platform berkenaan diwujudkan seiring dengan perkembang­an perniagaan semasa selain memudahkan pelanggan mendapatka­n produk Jakel dengan hanya di hujung jari saja.

Pengarah Urusan Kumpulan Jakel, Datuk Mohamed Faroz Mohamed Jakel, berkata lebih menarik lagi ialah semua produk yang tiada di gedung Jakel, boleh didapati di dalam talian pada harga berpatutan.

Katanya, secara tidak langsung kebanyakan pelanggan yang berada di seluruh negara dapat membeli-belah tanpa perlu berkunjung ke Jakel secara fizikal lagi.

“Malah banyak penjimatan akan diberikan dan kita juga akan membuka untuk pasaran luar negara bagi mereka yang ingin mendapatka­n produk Jakel.

Kualiti tinggi

“Kualiti produk juga dijamin tinggi dan pada masa sama kita juga akan mengekalka­n ‘sense of belonging’ bagi pelanggan ketika berbelanja bersama Jakel,” katanya pada majlis pelancaran koleksi baju raya 2019 bersama duta Jakel dan jakelstore.my di Jakel Mall, di sini.

Antara duta yang hadir ialah Aaron Aziz, Nabil Ahmad, Scha Al Yahya, Awal Ashaari dan Lara Alana, Ayda Jebat, Hanis Zalikha, Hairul Azreen dan Yusuf Iskandar.

Sementara itu, Mohamed Faroz berkata, sebanyak 1 juta helai baju Melayu serendah RM99 ditawarkan dengan perincian baharu dan lebih selesa iaitu zip di sisi baju serta pergelanga­n tangan bagi memudahkan mengambil wuduk.

“Kurta yang dijual serendah RM39 pula diperkemas­kan dengan jahitan tangan di bahagian kolar dan terdapat juga potongan teluk belanga. Selain itu baju Melayu plus size sehingga 7XL juga disediakan selain percuma samping dan butang baju Melayu.

“Koleksi baju kurung pula berkonsepk­an moden, bercorak cetakan dan bersesuaia­n dengan cita rasa wanita yang inginkan penampilan ceria dan sentuhan eksklusif untuk digayakan pada pagi lebaran.

“Selain itu, koleksi baju Melayu kanak-kanak pula dikekalkan di bawah Koleksi Upin Ipin,” katanya.

 ?? [FOTOMOHAMA­D SHAHRIL BADRI SAALI/BH] ?? Mohamed Faroz (tengah) bergambar bersama duta Jakel pada majlis pelancaran koleksi baju raya 2019 bersama duta Jakel dan jakelstore.my di Jakel Mall, Kuala Lumpur.
[FOTOMOHAMA­D SHAHRIL BADRI SAALI/BH] Mohamed Faroz (tengah) bergambar bersama duta Jakel pada majlis pelancaran koleksi baju raya 2019 bersama duta Jakel dan jakelstore.my di Jakel Mall, Kuala Lumpur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia