Berita Harian

TEMUI PENGGANTI

Issey rancang tamat zaman duda tahun depan

- Oleh Fatin Farhana Ariffin

Hampir empat tahun hidup bersendiri­an, pelawak, pelakon dan penyampai radio popular, Issey Fazlisham mengakui, tidak pernah menutup pintu hatinya untuk menerima cinta.

Meskipun pernah berdepan pengalaman gagal dalam berumah tangga, Issey tidak melihat ia sebagai noktah untuk dia terus memburu bahagia.

Fitrah manusia, Issey juga memerlukan seseorang untuk berkongsi hati. Sejak setahun lalu, Issey atau nama lengkapnya, Fazlisham Mat Hussin, 32, berkata, hidupnya semakin bermakna dengan kehadiran seorang gadis.

Menyifatka­n masih terlalu awal untuk dia berkongsi identiti gadis yang menawan hatinya itu, Issey berkata, jika tiada aral, dia berhasrat menamatkan zaman dudanya, tahun depan.

“Sebelum ini, jika ditanya mengenai soal hati, saya tidak bersedia untuk berkongsi. Mungkin kerana masih terlalu awal, jadi saya lebih selesa memberikan diri ruang untuk membina hubungan ini.

“Secara jujur, saya dan teman wanita tidak pernah serius berbincang mengenai perkahwina­n. Memandangk­an masing-masing sudah matang, kami hanya berjalan mengikut arus,” katanya.

Anak jati Kelantan itu berkata, dia selesa mendekati gadis itu yang disifatkan­nya memahami dan tidak mengongkon­g perjalanan kerjayanya.

“Pada usia 32 tahun, sudah tiba masa untuk saya memikirkan hal peribadi secara serius. Melihat teman rapat seperti Ammar dan Fizi Ali sudah mempunyai cahaya mata, terdetik juga perasaan cemburu.

“Tipu jika saya tidak terasa apabila mereka bercerita mengenai anak. Kebahagiaa­n mereka memberi saya motivasi untuk memikirkan soal diri dan masa depan,” katanya.

Enggan ulangi kesilapan

Penyampai radio Suria FM itu berkata, perkara itu mula difikirkan secara serius sejak beberapa bulan lalu. Issey tidak menafikan, kegagalan perkahwina­n pertamanya selepas beberapa bulan berumah tangga membuatkan dia berhati-hati untuk tidak mengulangi kesilapan lalu.

“Tempoh bersendiri­an sebenarnya memberikan saya ruang untuk saya belajar mengenal diri. Mungkin apa yang berlaku dahulu berpunca daripada salah saya juga.

“Sebagai ketua keluarga, saya gagal memimpin dan membentuk rumah tangga. Jadi, saya perlu memperbaik­i dan melengkapk­an diri dengan ilmu, terutama berkaitan agama.

“Saya juga tidak mahu bercinta terlalu lama.

Apabila sudah bersedia, rasanya tidak perlu membuang masa lagi. Saya berharap

Syawal ini kali terakhir saya menyambut hari raya sebagai orang bujang.

Sibuk sepanjang Ramadan

‘Insya-allah, jika tiada aral, kami akan disatukan, tahun depan. Itu perancanga­n kami. Dalam apa juga hal, restu keluarga juga penting dan saya tidak akan sesekali membelakan­gkan mereka,” katanya.

Tipu jika saya tidak terasa apabila mereka bercerita mengenai anak. Kebahagiaa­n mereka memberi saya motivasi untuk memikirkan soal diri dan masa depan,” Issey

Beralih perbualan mengenai perjalanan kerjaya seninya, Issey berkata, Ramadan ini dia tetap sibuk dengan pelbagai komitmen.

Terbaru, dia menyelesai­kan penggambar­an sitkom, Jenaka Kampung Kalut (JKK) Raya bersama Ropie, Ebby Yus, Shuk Sahar dan Ain Edruce.

Bakal disiarkan TV3 pada 7 Jun ini, jam 11 malam, sitkom itu turut menyaksika­n penampilan istimewa Datuk Jalaluddin Hassan, Nadia Brian dan Rozita Che Wan.

Issey juga bakal tampil dengan telefilem Ramadan, Geng Van Jenazah pada 22 Mei ini, selain memberikan fokus dengan kerjaya di konti radio.

“Ramadan ini lebih santai kerana saya mengendali­kan slot pagi. Suasananya sedikit berbeza kerana sebelum ini, saya terpaksa berbuka puasa di konti.

“Cuma, apabila bekerja slot pagi, waktu berpuasa terasa agak panjang. Bayangkan selesai bersahur, saya terus bergegas ke konti dan tugasan selesai pada jam 10 pagi.

“Namun, kedua-dua slot itu memberikan saya pengalaman berbeza. Alhamdulil­lah, banyak perkara positif sedang berlaku dalam hidup saya dan berharap, ia akan berpanjang­an,” katanya.

 ??  ??
 ?? [ FOTO SUPIAN AHMAD /BH ] ?? Issey bakal muncul dalam sitkom Jenaka Kampung Kalut Raya sempena Syawal.
[ FOTO SUPIAN AHMAD /BH ] Issey bakal muncul dalam sitkom Jenaka Kampung Kalut Raya sempena Syawal.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia