Berita Harian

Jurusolek artis popular tabah tempuhi kesulitan

Hathim Thai simpan keperitan hidup agar tidak menyusahka­n orang lain

- Oleh Zaidi Mohamad

Diuji komplikasi penyakit seperti anemia atau kurang darah, kegagalan buah pinggang dan masalah penglihata­n, semuanya diterima penuh reda jurusolek otai, Hathim Thai, 47, sejak lima tahun lalu.

Menghuni rumah sewa di Setapak, Kuala Lumpur, sejak hampir 25 tahun lalu, Hathim yang pernah menyolek Amy Mastura dan Ziana Zain pada era kegemilang­an mereka, terus tabah berdepan getir hidup ditemani anak angkat yang diasuh sejak berusia tiga hari, Hadzriq Hadkim, 10.

Sesekali, ibu yang menetap bersama abang kandung di Rompin, Pahang, bertandang. Hidup Hathim sejak menanggung sakit, sekadar bergantung kepada wang simpanan dan bantuan bulanan RM350 daripada Lembaga Zakat Wilayah Persekutua­n Kuala Lumpur.

Ramadan disambut sederhana

Kos rawatan dialisis dan perubatan bernilai lebih RM3,000 pula dibiayai sepenuhnya oleh Baitulmal.

Sejak sakit, Hathim hanya memaklumka­n beberapa teman akrab mengenai keadaan dirinya. Menelan kepayahan dan keperitan hidup sekian lama tanpa mahu menyusahka­n orang lain, akhirnya nasib Hathim terbela.

Kepayahan hidup Hathim yang berasal dari Perak mendapat perhatian selepas Persatuan Malaysia Makeup Artist (MMA) bersama kru program Wanita Hari Ini dan Nona terbitan TV3, melawatnya di rumah, baru-baru ini, melalui program Ziarah Sahur.

Kedatangan Ramadan buat Hathim, disambut sederhana. Baginya, apa yang ada di hadapan mata sudah mencukupi jauh sekali mahu berlebih-lebihan atau memintamin­ta daripada yang lain.

Mengunjung­i Hathim bersama teman baiknya, Amy Mastura; jurusolek dan pengasas Alha Alfa Rich Legacy Sdn Bhd, Datuk Alha Alfa serta Heliza Helmi, riak wajahnya bagai disuntik ceria.

“Memang, selama ini, kalau tiba Ramadan, sejak saya jatuh sakit, sambutan sangat sederhana.

Terima sumbangan

“Ibadat puasa dikerjakan seperti biasa dengan juadah yang cukup syarat. Asalkan saya dan anak kenyang... Makan apa yang ada.

“Alhamdulil­lah, selama ini tak pernah terputus bekalan makanan. Ada nasib dan rezeki, kami terima sumbangan makanan daripada orang luar termasuk jiran.

“Kalau dapat makan roti dan sardin sudah memadai. Nasi sesekali dijamah dengan lauk-pauk. Saya tak boleh makan lauk yang ada tulang, bimbang tertelan kerana masalah penglihata­n.

Kalau dapat makan roti dan sardin sudah memadai. Nasi sesekali dijamah dengan laukpauk. Saya tak boleh makan lauk yang ada tulang, bimbang tertelan kerana masalah penglihata­n” Hathim Thai

“Dengan keadaan mata saya yang kabur ini, nak masak tak terlalu beriya. Ada kalanya saya beli lebih makanan berbuka puasa untuk di simpan dalam peti ais dan esoknya dipanaskan.

“Kebiasaann­ya, saya beli barang basah dan keperluan harian di pasar raya. Ada rezeki sedikit, saya akan beli lebih buat simpanan di rumah,“katanya kepada

Anak tak rasa nikmat raya

Biarpun hidup serba kekurangan dan jauh sekali bermewah, Hathim percaya rezeki buatnya sentiasa ada.

“Dalam al-quran ada menyebut setiap yang melata di muka bumi ini akan ada rezeki yang diturunkan kepadanya. Jadi. kita sebagai manusia kena pandai cari rezeki dan terus berusaha.

“Sepanjang saya sakit, tidak ada tunggakan sewa rumah. Setiap bulan kena bayar sewa rumah RM800.

“Macam mana susah pun, saya tak minta sesiapa mahupun emak. Kalau terdesak sangat, saya akan jual barang milik sendiri seperti kelengkapa­n barang kahwin yang masih dalam simpanan ketika aktif menyolek dulu.

“Saya juga menjual koleksi peribadi seperti baju dan kasut berjenama yang saya kumpul sejak dulu,“katanya.

Mengaku kadang kala kesempitan, namun, Hathim percaya Allah adalah pengatur segala-galanya.

“Jika diikutkan ada masanya, memang tak cukup duit. Saya tak tahu nak cakap macam mana. Semua itu kerja Allah.

“Ada kalanya, apabila rasa duit berkuranga­n atau seperti tiada langsung, akan ada rezeki atau sumbangan yang masuk tanpa diduga.

“Saya percaya, ini semua rezeki anak. Ada yang berjumpa bersedekah kepadanya. Saya mengajar dia untuk ‘ringan tangan’ menyumbang biarpun tak besar pun jumlah duit itu,” katanya.

Tambah Hathim, Aidlfitri juga tidak disambut meriah dek kesempitan hidup.

“Memang hendak tiba raya, sedih kenang anak. Untuk diri sendiri, saya tak kisah sangat. Anak tak pernah beraya macam kanak-kanak lain sejak usia lima hingga ke 10 tahun. Di rumah ini, kami beraya berdua. Suasana raya itu memang tiada,” katanya.

Namun, Hathim bersyukur, Hadzriq memahami kesempitan hidup mereka.

“Saya bersyukur, Hadzriq anak yang memahami. Dia tidak meminta saya membelikan baju raya kerana faham situasi saya yang tak berduit.

“Pernah ada hamba Allah sedekahkan baju raya. Itulah yang dipakai dari pagi hingga malam. Hari Raya memang tidak macam dulu dan kami tak beriya-iya sangat. Ada kalanya menu raya kami hanya serunding dimakan dengan roti.

Amal doa syifa

“Serunding itu diberi Amy (Amy Mastura). Biskut raya sesekali ada yang diberi. Saya lebih utamakan duit yang disimpan untuk kegunaan masa depan anak.

“Selama ini Amy jugalah antara rakan artis yang tak jemu datang ke rumah termasuk memberi saya hamper serta sumbangan raya. Tak ketinggal a n Jaclyn Victor,” katanya.

Tambah Hathim, anak menjadi kekuatan dan kekebalan diri untuk meneruskan hidup.

“Saya berharap agar terus dipanjangk­an umur supaya dapat membesarka­n dan mendidik anak saya. Biarlah saya hidup hingga dia tamat belajar dan bekerja. Selepas itu, saya reda andai nyawa dicabut daripada tubuh.

“Saya sanggup menahan lapar asalkan anak dapat makan. Saya bersyukur kerana dia bukan anak yang meminta-minta dan faham keadaan saya,” katanya.

Mengenai keadaan kesihatann­ya, Hathim mengaku ada peningkata­n berbanding dulu.

“Dahulu, saya nak cakap pun tak jelas. Mata sekarang sudah boleh nampak sikit. Dahulu, penglihata­n tak nampak langsung.

“Saya juga berusaha pergi berubat secara perubatan Islam. Saya amalkan doa syifa. Setiap kali bangun pagi, saya cuba tengok apa sahaja yang berwarna hijau. Malah, saya akan sambut laungan azan sambil mengurut di mata.

“Saya juga terbuka kalau ada pihak nak membantu mengurangk­an masalah dihadapi. Kalau dapat kembali seperti sedia kala atau sedikit baik daripada keadaan sekarang, sudah memadai. Tapi saya tahu ini kerja Allah.

“Rindu juga nak menyolek seperti dulu kalau sudah sihat,” katanya yang kali terakhir bertugas menyolek

Ziana Zain untuk sebuah kempen

produk.

 ?? [ FOTO EIZAIRI SHAMSUDIN /BH ] ??
[ FOTO EIZAIRI SHAMSUDIN /BH ]
 ??  ??
 ?? [ FOTO MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN /BH ] ?? HIP. Hathim yang uzur dikunjungi Amy, Heliza dan Alha Alfa di kediamanny­a di Setapak.
[ FOTO MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN /BH ] HIP. Hathim yang uzur dikunjungi Amy, Heliza dan Alha Alfa di kediamanny­a di Setapak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia