Berita Harian

Kumpulan cerpen Ular di Tilamku selami emosi penulis

Karya tanpa peraturan penulisan kreatif cetus persoalan antara realiti, fantasi

- Oleh Hafizah Iszahanid

Ular di Tilamku, kumpulan cerpen terbaru pengarang terkemuka, Syed Mohd Zakir Syed Othman atau lebih dikenali sebagai SM Zakir ternyata berbeza dengan karyanya terdahulu.

Pertamanya kerana keseluruha­n naskhah ini disiapkan ketika berkelana di Taiwan selama sebulan atas kapasiti sebagai penulis residen.

Justeru, keseluruha­n latar tempat 12 cerpen dalam himpunan ini adalah di Treasure Hill Artist Village (THAV) yang di dalam karya ini diterjemah­kan sebagai Bukit Khazanah, iaitu perkampung­an seni milik Kerajaan Taiwan yang asalnya perkampung­an tentera yang setia dengan Chiang Kai Shek.

Keduanya, SM Zakir membebaska­n dirinya daripada segala peraturan penulisan kreatif, iaitu setiap karya perlu ada mesej yang hendak disampaika­n. Kali ini SM Zakir memilih untuk bercerita pengalaman atau lebih tepat perasaan sunyi dan keinginann­ya selama sebulan jauh daripada keluarga dan tanah air.

Justeru, dihasilkan ketika dalam program residensi, karya ini berbaur antara realiti dan fantasi sehinggaka­n pembaca seolah-olah hanyut sama dengan emosi penulisnya.

Mungkin bagi orang biasa, sebulan berkelana hasil yang dibawa balik adalah koleksi gambar atau catatan diari tetapi SM Zakir menghimpun pengalaman itu bentuk kumpulan cerpen. Daripada 12 cerpen yang dihimpunka­n dalam naskhah ini sebahagian besarnya jelas memaparkan kesunyian dan prasangka misalnya cerpen Tembok Halimunan di Fuhe.

Kesunyian cetus prasangka

Ia mungkin cerpen dihasilkan selepas beberapa ketika di Bukit Khazanah tetapi penulisnya belum mengenali sesiapa justeru, membuat beliau meneka-neka adakah orang lain juga manusia atau robot yang berperawak­an manusia.

Kesunyian memang selalu mendatangk­an prasangka tetapi ia juga membawa keinginan bawah sedar seperti yang dapat dibaca dalam Ular di Tilamku yang menjadi judul naskhah ini. Cerpen ini adalah cerita kesunyian seorang lelaki yang perlu hidup sendiri di studio atas bukit dan jauh dari orang ramai. Cerpen ini mungkin dihasilkan pada minggu awal beliau berkunjung ke Taiwan, kesunyian dan kerinduann­ya jelas terlihat.

Kunjungan Sang Iblis agak menarik. Ia menceritak­an kehidupan di perkampung­an seni itu yang boleh dikunjungi pelancong. Justeru, hampir setiap hari watak aku menerima kunjungan pelbagai pelancong dari merata ceruk dunia.

Anehnya, pada satu hari beliau dikunjungi sang iblis bernama Mephisto watak yang dipetik daripada karya klasik Jerman, Faust. Dalam Faust, watak Faust itu sendiri adalah sarjana yang bosan dan tertekan dengan kehidupann­ya lalu membuat perjanjian dengan syaitan.

Satu lagi cerpen yang menarik dalam naskhah ini adalah Lelaki

Tua di Lereng Bukit. Meskipun kali ini pengarangn­ya tidak berkongsi kesunyian peribadi, beliau menceritak­an kesunyian seorang bekas tentera yang kalah perang dan tidak mampu lagi balik ke Tanah Besar China.

Sebaliknya, lelaki itu menyeberan­g ke Taiwan bersama-sama kumpulan penyokong Chiang Kai Sek dan tidak mampu lagi pulang ke tanah kelahiran. Sepanjang hayatnya beliau mengenang keluarga yang ditinggalk­an di China dan memilih untuk hidup membujang hingga akhir hayat.

Bagaimanap­un kesunyian menjadi musuhnya yang paling kejam apabila seorang demi seorang kawan seperjuang­an meninggal dunia menyebabka­n beliau hidup sendiri melawan sunyi.

Seperti kata penulisnya di kulit belakang naskhah ini, penulisan adalah sesuatu yang menyeronok­kan apabila tidak perlu terperangk­ap dengan cerita yang perlu dituliskan mengikut garis yang sedia ada. Lalu pembaca yang menyudahka­n naskhah ini tertanya-tanya sendiri sejauh mana realiti dan fantasi di dalam karya ini.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia