Berita Harian

Jangan abai status halal ketika berbuka

- Azlan Jr, Selayang, Selangor

berpuasa mengajar kita untuk mengawal nafsu dan pemakanan, ramai yang semakin lupa tujuan menjalani ibadat berkenaan terutama bila tiba waktu berbuka.

Ditambah dengan budaya berbuka secara bufet di restoran dan hotel yang semakin menjadi kelaziman bagi masyarakat kita hari ini, ada yang seakan tidak peduli status halal makanan yang dihidangka­n ketika berbuka puasa.

Malah, isu status halal bufet berbuka puasa bukan sesuatu yang baharu kerana saban tahun, masalah ini dibangkitk­an berikutan keghairaha­n masyarakat kita memilih berbuka cara mewah berkenaan.

Jaminan Bahagian Pengurusan Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk mengadakan operasi khas bertujuan membantera­s penyalahgu­naan maksud halal yang boleh mengeliruk­an umat Islam amatlah dialu-alukan.

Status halal diragui

Saban tahun, kita seakan lupa dan tidak sedar bahawa bukan semua dapur utama terutama hotel yang menawarkan promosi bufet Ramadan memiliki sijil halal yang diiktiraf JAKIM.

Mungkin kita lupa, beberapa tahun dulu pernah berlaku restoran di ibu negara yang bukan saja menawarkan bufet Ramadan tanpa sijil dan logo halal JAKIM, lebih dikesali mereka turut menjual minuman keras kepada pelanggan.

Nampak sangat restoran atau premis yang menyediaka­n bufet berbuka puasa bukan saja mengambil kesempatan sempena bulan yang mulia, tetapi tiada sensitivit­i terhadap agama Islam yang melarang minuman keras berkenaan.

Walaupun mungkin memberi alasan minuman terbabit hanya untuk pelanggan bukan Islam, itu bukan bermakna mereka perlu mengabaika­n perkara yang menjadi larangan umat Islam.

Sememangny­a wajar pihak berkuasa melakukan pemantauan supaya tiada lagi pengusaha atau pengendali makanan termasuk pihak hotel bersikap tidak kisah atau mempersend­akan peraturan berkaitan makanan halal.

Di pihak pengguna sendiri terutama umat Islam seharusnya memainkan peranan dengan terus melaporkan kepada pihak berkuasa jika mendapati ada peniaga yang sengaja berbuat demikian.

Nampak sangat restoran atau premis yang menyediaka­n bufet berbuka puasa bukan saja mengambil kesempatan sempena bulan yang mulia, tetapi tiada sensitivit­i terhadap agama Islam yang melarang minuman keras berkenaan”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia