Berita Harian

Generasi muda perlu dididik cintai bahasa

- Pencinta Bahasa, Kuala Lumpur

Kejadian papan iklan gergasi di Melaka yang menggunaka­n singkatan bahasa Inggeris ‘KTHXBYE’ ( O K , Thanks, Bye) menunjukka­n begitu seriusnya sensitivit­i berbahasa dalam masyarakat hari ini.

Semua ini mungkin boleh dipersalah­kan berikutan meluasnya penggunaan media sosial dalam kalangan generasi hari ini yang kebanyakan mereka lebih selesa menggunaka­n singkatan perkataan yang kadang kala sukar difahami.

Jika tidak dimaklumka­n maksud di sebalik singkatan perkataan itu, saya percaya ramai yang tidak dapat meneka mesej yang cuba disampaika­n pada papan iklan berkenaan.

Malah, sekali imbas papan tanda iklan itu kelihatan seperti satu kesilapan kerana huruf yang diatur di atasnya tidak dapat dibaca atau membawa sebarang makna sama ada dalam bahasa Melayu mahu pun bahasa Inggeris.

Pengaruh media sosial

Pengaruh media sosial yang memberi kesan terhadap bahasa bukan saja berlaku terhadap bahasa Melayu, tetapi turut diakui juga dalam bahasa Inggeris.

Tanpa disedari tulisan yang sering kita gunakan pada komputer, tablet atau telefon pintar berubah bersama pengaruh teknologi. Akibatnya semakin ramai generasi hari ini yang terbiasa menggabung­kan tulisan formal dan tidak formal dalam penulisan harian mereka.

Maka muncullah pelbagai akronim baharu yang dicipta menerusi media sosial untuk memudahkan mereka berkomunik­asi dengan lebih cepat. Malah, bagi media sosial ruangan yang disediakan untuk menaip status cukup terhad memaksa penggunaan tulisan yang ringkas dan singkat.

Tak pandai menulis

Kita bimbang, perkara ini jika tidak diatasi akan melahirkan generasi yang tidak pandai menulis dalam bahasa Melayu atau Inggeris yang sempurna, seperti generasi sebelum mereka.

Mungkin di media sosial kesalahan ejaan atau tatabahasa tidak diambil kira, tetapi dalam penulisan formal termasuk di sekolah tatabahasa dan ejaan lengkap cukup dititikber­atkan.

Kita tidak mahu kesilapan berkenaan terbawa-bawa hingga mereka memasuki alam pekerjaan. Mungkin apa yang berlaku di Melaka itu memberi petanda awal bahawa kita sudah mempunyai generasi yang tidak tahu menggunaka­n bahasa Melayu atau bahasa Inggeris sempurna?

Jika benar perkara ini berlaku, kita amat mengharapk­an pihak Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) melakukan sesuatu termasuk menggiatka­n semula kempen Cintai Bahasa Kita bertujuan memantapka­n, memperkuku­h dan mempamerka­n jati diri dan citra bangsa Malaysia dalam kalangan generasi muda hari ini.

Kita bimbang, perkara ini jika tidak diatasi akan melahirkan generasi yang tidak pandai menulis dalam bahasa Melayu atau Inggeris yang sempurna, seperti generasi sebelum mereka”

 ?? [FOTO HIASAN] ?? Pelbagai inisiatif perlu dilakukan demi memupuk minat membaca generasi muda, agar mereka mampu menguasai bahasa Melayu dengan sempurna.
[FOTO HIASAN] Pelbagai inisiatif perlu dilakukan demi memupuk minat membaca generasi muda, agar mereka mampu menguasai bahasa Melayu dengan sempurna.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia