Berita Harian

Riyadh tuduh Iran arah serangan dron

Anggap Houthi digunakan sebagai alat oleh Tehran menjayakan agenda di wilayah

-

Kerajaan Arab Saudi, semalam menuduh Iran sebagai perancang yang mengarahka­n serangan dron ke atas dua stesen minyak yang selepas kumpulan Houthi mengakui sebagai dalangnya.

Timbalan Menteri Pertahanan, Khalid bin Salman berkata serangan itu memberi gambaran pemberonta­k berkenaan dijadikan sebagai alat oleh Tehran untuk melaksanak­an agenda mereka di wilayah ini.

“Serangan ini diarahkan oleh rejim Tehran dan dilakukan oleh Houthi,” kata putera itu dalam akuan Twitter.

Pesawat pejuang diketuai Arab Saudi menyerang sasaran di kubu Houthi di ibu negara Sanaa, semalam, dua hari selepas pemberonta­k itu mendakwa

bertanggun­gjawab ke atas serangan dron yang menjejaska­n saluran paip minyak utama ke negara itu.

Konflik lebih 4 tahun

Menteri Luar, Adel al-jubeir berkata, semalam kumpulan Houthi itu menjadi ‘alat permainan’ Iran demi kepentinga­n mereka.

Insiden pengeboman itu berlaku selepas wakil Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), yang mengetuai usaha bagi menamatkan konflik selama lebih empat tahun di negara termiskin di rantau Arab itu, mengeluark­an amaran bahawa masih wujud ancaman ia akan merebak kepada perang.

“Kami sudah melancarka­n serangan udara yang menyasar lokasi yang dikuasai militan Houthi, termasuk di Sanaa,” kata pegawai pakatan yang enggan dikenali kepada AFP.

Sementara itu, seorang saksi di wilayah dikuasai pemberonta­k memberitah­u AFP, beliau mendengar bunyi letupan kuat di pusat bandar.

Rangkaian televisyen milik pemberonta­k, Al Masirah turut melaporkan enam serangan dilancarka­n ke daerah Arhab, di Sanaa, dan diikuti beberapa lagi serangan, termasuk sekurangku­rangnya satu di Sanaa.

 ??  ?? Kepulan asap menjulang susulan serangan udara di Sanaa, Yaman, semalam oleh tentera sekutu diketuai Arab Saudi.
Kepulan asap menjulang susulan serangan udara di Sanaa, Yaman, semalam oleh tentera sekutu diketuai Arab Saudi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia