Berita Harian

Ajax dapat penawar duka

Ungguli liga buat kali ke-34 selepas kecewa disingkir Tottenham aksi Liga Juara-juara

-

Belanda

Ajax dimahkotak­an sebagai juara Liga Belanda buat kali ke-34 selepas menang 4-1 di De Graafschap,

bagi melengkapk­an dua gelaran domestik seminggu selepas tersingkir daripada Liga Juara-juara di tangan Tottenham Hotspur.

Gol daripada Lasse Schoene, Nicolas Tagliafico dan Dusan Tadic, yang menjaringk­an dua gol pada babak kedua, menyaksika­n skuad kendalian Erik ten Hag menang perlawanan kelapan dalam liga selepas bangkit dengan gelaran secara rasmi sudah disahkan pada hujung minggu. Ajax hadir ke perlawanan terakhir musim ini dengan tiga mata di depan pencabar terdekat PSV Eindhoven dengan kelebihan 14 gol selepas mengatasi Utrecht 4-1 dan juara bertahan itu tewas 1-0 di AZ Alkmaar pada Ahad.

Keputusan itu memberikan kejuaraan berganda buat kali pertama dalam 17 tahun - Ajax menang Piala Belanda pada 5 Mei - dan pada penghujung­nya menjadikan kemenangan 3-1 PSV ke atas Heracles tidak bermakna.

Kejutkan banyak pihak

Bagaimanap­un pasukan dari Amsterdam itu, yang mengejutka­n banyak pihak dengan bola sepak menarik mereka yang hampir membawa ke final Liga Juara-juara kali pertama dalam tempoh lebih dua dekad, bermain baik sebelum bintang mereka dijual pada musim panas ini.

Pemain tengah, Frenkie De Jong akan meninggalk­an kelab itu untuk ke Barcelona pada musim panas dengan nilai 75 juta euro (RM350 juta) manakala pertahanan tengah, Matthijs de Ligt, yang menyingkir­kan Juventus dengan tandukan hebat pada suku akhir akan mengikut jejak rakannya itu ke Catalonia.

Selepas menyingkir­kan Real Madrid pada kelompok 16 terakhir, jurulatih Franck De Boer mengakui penyerang, Hakim Ziyech dan David Neres juga menjadi sasaran kelab besar Eropah pada penamat musim.

 ??  ?? Ajax dimahkotak­an sebagai juara Liga Belanda buat kali ke-34.
Ajax dimahkotak­an sebagai juara Liga Belanda buat kali ke-34.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia