Berita Harian

Lampard bakal bimbing Chelsea

Pengendali Derby County disebut-sebut ganti Sarri kerana tak digemari Abramovich

-

Walau apa pun keputusan yang bakal diraih Chelsea pada final Liga Europa hujung bulan ini, masa depan Maurizio Sarri mula jadi tanda tanya ketika Frank Lampard dilaporkan bakal dilantik selaku pengurus baharu skuad The Blues.

Menurut laporan televisyen di Itali, Sport Mediaset, Lampard, 40, akan kembali menguruska­n bekas kelabnya itu selepas tampil cemerlang ketika mengendali­kan Derby County.

Sekali pun berjaya memacu Chelsea dalam kelompok empat terbaik, layak final Liga Europa dan Piala Carabao, pemilik kelab,

Roman Abramovich juga dijangka membuat keputusan untuk memecat Sarri, 60, kerana tidak mempunyai hubungan yang baik bersama penyokong.

Karier cemerlang

Kepulangan semula Lampard pastinya begitu dialu-alukan di Stamford Bridge selepas dia menghabisk­an kariernya dengan cukup cemerlang ketika tempoh 13 tahun bergelar pemain Chelsea.

Lampard tampil 648 kali bersama The Blues dan masih memegang status selaku penjaring terbanyak sepanjang zaman dengan 211 gol.

Sejak persaraann­ya sebagai pemain, Lampard jelas membuktika­n dirinya berna-benar berkelayak­an untuk tampil selaku pengurus selepas mengharung­i musim mengangumk­an bersama Derby Country.

Malah, awal minggu ini juga, Lampard berkata yang Chelsea perlu mempercaya­i pemain muda sambil mendakwa Eden Hazard kini menunggu masa untuk meninggalk­an kelab itu.

“Sudah pasti ia sesuatu yang mengecewak­an untuk kehilangan Hazard dalam saingan Liga Perdana Inggeris, khususnya buat Chelsea,” kata Lampard.

Perkhabara­n itu pastinya satu berita gembira buat pemain seperti Ruben Loftus-cheek and Callum Hudson-odoi sekiranya kepulangan Lampard jadi realiti.

Sudah pasti ia sesuatu yang mengecewak­an untuk kehilangan Hazard dalam saingan Liga Perdana Inggeris, khususnya buat Chelsea” Frank Lampard, Pengurus Derby County

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia