Berita Harian

Watford sedia kecewakan City

-

Manchester: Pep Guardiola sedang menyasarka­n menjadi pengurus pertama menang tiga kejuaraan domestik England apabila pasukannya, Manchester City berdepan Watford pada final Piala FA awal pagi Ahad ini, waktu Malaysia, namun rakan senegara dari Sepanyol akan menjadi penghalang.

Pengurus Watford, Javi Gracia mungkin tidak memiliki reputasi seperti Guardiola, tetapi dia menampilka­n kehebatan musim ini dengan mengemudi skuad The Hornets ke kedudukan baik, tangga ke-11 Liga dan final kedua Piala FA buat kelab itu.

Gracia bermain buat Athletic Bilbao dan Real Sociedad ketika Guardiola adalah pemain Barcelona dan sama seperti bos City itu, dia juga adalah pemain tengah bertahan.

Namun, ketika Guardiola memulakan karier jurulatih bersama Barca, Garcia bekerja dengan kelab Sepanyol kurang dikenali sebelum berhijrah ke England selepas bertugas dengan kelab Russia, Rubin Kazan.

Pengendali berusia 49 tahun itu tidak menyembuny­ikan hakikat dia mengagumi Guardiola, yang Ahad lalu berjaya menang gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL) buat kali kedua berturuttu­rut.

Pengurus terbaik

“Benar Pep adalah yang terbaik dalam EPL. Dia pengurus yang sangat bagus dan kami ada hubungan yang bagus. Saya tidak banyak bercakap dengannya, tetapi kami ada hubungan yang bagus,” katanya.

City menewaskan Watford dalam dua pertemuan liga, 2-1 di Vicarage Road pada Disember dan 3-1 di Etihad, namun Gracia percaya pasukannya sudah menampilka­n yang terbaik dalam perlawanan itu dan berharap mereka boleh melakukan kejutan di Wembley.

“Saya rasa ia boleh dilakukan,” kata Gracia dengan Watford hanya pernah beraksi pada final Piala FA 35 tahun lalu ketika mereka tewas 2-0 kepada Everton.

City pula melakukan penampilan ke-11 dan menang lima kali, terbaru pada 2011.

 ??  ?? Aksi Watford menentang West Ham pada perlawanan terakhir Liga Perdana Inggeris, Ahad lalu.
Aksi Watford menentang West Ham pada perlawanan terakhir Liga Perdana Inggeris, Ahad lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia