Berita Harian

Poad fokus kuartet 4x400m

-

Sepang: Skuad 4x400 meter (m) negara diharap dapat menyerlah pada Kejohanan Olahraga Terbuka Thailand 2019 di Stadium Nasional Suphachala­sai, Bangkok, pada Sabtu dan Ahad ini.

Jurulatih olahraga kebangsaan, Mohd Poad Md Kassim berkata acara berpasukan itu antara diberikan tumpuan memandangk­an ia dilihat mempunyai peluang lebih terbuka untuk meraih pingat di Sukan SEA Filipina nanti.

Katanya, bagi acara 4x400m cabaran berkenaan bakal digalas Luqmanul Hakim Khairul Akmal, Muhammad Ilham Suhaimi, Saiful Safwan Saifuddin dan Abdul Wafiy Roslan.

“Sasaran adalah lebih kepada kuartet 4x400m. Kita harap dapat saingan yang baik di sana agar pasukan ini dapat melakukan catatan terbaik. Jika dapat mencipta masa lebih pantas, Insya-allah mereka ada peluang meraih pingat,” katanya ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur, di sini, semalam sebelum berlepas ke Bangkok bagi menyertai olahraga Terbuka Thailand.

Kuartet 4x400m yang menyertai Terbuka Thailand kali ini adalah atlet sama yang bertanding pada Kejohanan Olahraga Remaja Asia ke-18 di Gifu, Jepun, Ramadan lalu.

Gandingan ketika itu yang membabitka­n Luqmanul Hakim, Muhammad Ilham, Saiful Safwan dan Abdul Wafiy itu berjaya memperbaha­rui rekod remaja kebangsaan dengan catatan 3 minit 09.60s selain turut memenangi pingat gangsa.

“Kita harap tiada atlet berdepan hidrasi kerana di Jepun tahun lalu, pada hari pertama atlet nampak keletihan ketika berlari. Tapi memasuki hari kedua dan ketiga, mereka nampak lebih ok,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia