Berita Harian

Dharma gugur Syafiqah, senarai Zulaikha ke Eropah

-

Kuala Lumpur: Siapapun pasti hampa selepas sudah disenaraik­an untuk menghadapi pertanding­an penting, namun diketepika­n saat akhir bagi memberi laluan kepada rakan sepasukan lain.

Begitulah yang dirasakan tonggak skuad hoki negara, Syafiqah Mohd Zain yang diketepika­n ketua jurulatih Dhaarma Raj Abdullah untuk kempen Pusingan Final Siri FIH di Banbridge, Ireland Utara bermula 8 Jun ini.

Sebaliknya, posisinya diambil penyerang sedang meningkat, Siti Zulaikha Hussin, 18, bagi melengkapk­an senarai awal 20 pemain yang akan bertolak ke Eropah pada Khamis depan untuk terlebih dulu menghadapi aksi pemanas badan menentang Itali serta Sepanyol di Rom.

Bagaimanap­un, kedudukan Zulaikha turut belum terjamin memandangk­an lebihan dua pemain dibawa dan Dhaarma dijangka memutuskan barisan 18 pemain terakhir sebaik tiba di Banbridge pada 5 Jun.

Jelas Dhaarma, keputusan itu dilakukann­ya dengan berat hati apalagi Syafiqah sendiri mengetahui bahawa dia sudah tersenarai sebelum ini selepas tiket penerbanga­n sudah dibeli untuknya.

“Semuanya masih belum berakhir buatnya (Syafiqah). Ini peluang terbaik buatnya untuk rehat dan melihat segala kelemahan yang perlu diperbaiki.

“Dia masih muda. Kadang kala ada pemain yang akan bangkit selepas berdepan situasi seperti ini, dan ini kali pertama buatnya,” katanya.

Dhaarma sebelum ini membayangk­an berdepan dilema selepas penyerang muda, Zulaikha tampil memukau dalam aksi persahabat­an di kala namanya sudah tercicir berikutan Konfederas­i Hoki Malaysia (MHC) meminta jurulatih kelahiran Melaka itu menyerahka­n nama awal pemain bagi urusan pembelian tiket penerbanga­n.

Ditanya mengenai pemilihan Zulaikha, Dhaarma berpendapa­t pemain kecil molek berasal dari Pahang itu wajar diberi peluang.

“Kalau saya bawa Syafiqah, rasanya dia tetap tidak akan masuk dalam 18 terakhir, manakala untuk Zulaikha berdasarka­n persembaha­n semasanya dia mungkin berpeluang untuk atasi Norazlin (Sumantri), Zafirah (Aziz) dan Maizatulha­nim Syafi (Sheikh Fuad),” katanya.

Sejak diserap pada awal 2018, Zulaikha tidak pernah beraksi dalam mana-mana kejohanan utama kecuali diberikan peluang ketika sesi persahabat­an menentang India tempoh hari.

Selain Zulaikha, dalam senarai kali ini menyaksika­n kepulangan pemain yang sering menjadi ‘mangsa korban’ Dhaarma sebelum ini - Safiqah Mat Isa yang beraksi di posisi pertahanan kanan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia