Berita Harian

‘Persembaha­n paling buruk FELDA United’

-

Melaka: Jurulatih FELDA United, Mohd Nidzam Jamil, mengakui persembaha­n pasukannya sangat teruk dengan penampilan aksi serba tidak menjadi hingga membuka ruang buat Melaka United (MU) membelasah skuad itu 6-0 di Stadium Hang Jebat, di sini, kelmarin.

Apapun dia mengakui bertanggun­g jawab atas persembaha­n longgar skuad berkenaan sehingga tuan rumah jelas kelihatan terlalu perkasa buat anak didiknya.

Katanya, tiada alasan termasuk pemain tidak cukup rehat, jadual padat dan kecederaan yang menjadi jawapan kepada aksi suram terbabit kerana dia melihat kekurangan yang wujud adalah atas kelemahan persembaha­n pasukan itu sendiri.

“Saya juga menafikan ia sebagai strategi dan persiapan mengharung­i saingan separuh akhir Piala FA dengan menyimpan pemain dalam perlawanan ini,” katanya sambil menyifatka­n keseluruha­n persembaha­n pasukannya sangat teruk.

Terpaksa turunkan pemain akademi

Nidzam berkata, dia terpaksa menurunkan beberapa pemain akademi kelab berkenaan mengharung­i perlawanan sebesar itu, walaupun ia bagus untuk pengalaman mereka.

Dalam perlawanan itu, MU berpesta gol menerusi jaringan Patrick Reichelt (m-4), Safiq Rahim (m-25) Nazrin Nawi (M-35) dan hatrik oleh Luka Milunovic (m-36, 53 dan 89) pada perlawanan di depan kira-kira 1,200 penonton.

Sementara itu, kejayaan menewaskan FELDA United itu adalah aksi terakhir buat pemain import MU kelahiran Brazil, Anselmo Casagrande bagi musim ini.

Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Melaka United (MUSA), Farhan Ibrahim, berkata bekas penyerang FELCRA FC itu dipinjamka­n kepada Pulau Pinang pada tempoh perpindaha­n kedua.

Menurutnya, sumbangan pemain itu bersama pasukan termasuk dua gol sentuhanan­nya sepanjang menyarung jersi MU tetap dihargai dan dia adalah antara penggempur terbaik dimiliki skuad Hang Tuah.

 ?? [FOTO SADDAM YUSOFF/BH] ?? Pemain Kedah, Jonatan Jesus Bauman membuat rembatan ke arah gawang Selangor pada perlawanan Liga Super 2019 di Stadium Shah Alam, kelmarin.
[FOTO SADDAM YUSOFF/BH] Pemain Kedah, Jonatan Jesus Bauman membuat rembatan ke arah gawang Selangor pada perlawanan Liga Super 2019 di Stadium Shah Alam, kelmarin.
 ??  ?? Pemain Melaka United, Anselmo Arruda Da Silva cuba menanduk bola pada perlawanan Liga Super menentang FELDA United, kelmarin.
Pemain Melaka United, Anselmo Arruda Da Silva cuba menanduk bola pada perlawanan Liga Super menentang FELDA United, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia