Berita Harian

Aidil belum menyerah kalah

Helang Merah sedia bangkit perkukuh kedudukan

- Oleh Mohd Fitrie Muhamad

Pengendali Kedah, Aidil Sharin Sahak dihimpit perasaan duka berganda selepas menyaksika­n pasukan bimbingann­ya tewas 3-1 kepada Selangor di Stadium Shah Alam, kelmarin.

Keputusan itu tidak hanya menyaksika­n skuad Helang Merah pulang tangan kosong, malah kehilangan tempat di tangga ketiga Liga Super, yang dirampas The Red Giants hasil kejayaan menghimpun 21 mata.

“Seperti saya katakan, ia bukan tugas mudah untuk datang ke Stadium Shah Alam dan menentang pasukan seperti Selangor. Kami perlu ucapkan tahniah kepada mereka (Selangor).

Pada babak kedua, pemain

pamer kebangkita­n dan kekal positif. Namun, kami tidak bernasib baik termasuk dua percubaan yang terkena palang.

Bukan penghujung

“Apa pun, ini bukannya penghujung buat segala-galanya dan kami perlu bangkit. Saya yakin pemain juga mahu pergi ke tempat yang mereka inginkan. Paling penting pemain sudah berikan apa yang mereka ada. Kesilapan adalah perkara normal, malah boleh berlaku di pertanding­an tertinggi,” katanya selepas tamat perlawanan kelmarin.

Pada perlawanan itu, bintang import baharu Selangor, Ifedayo Olusegun Omosuyi muncul wira apabila melakar hatrik pada penampilan pertama, bermula dengan jaringan pada minit ke-34, ke-44 dan ke-57. Jaringan tunggal Kedah dijaringka­n Fernando Rodriguez Ortega, minit ke-67.

Sementara itu, pengendali Selangor, B Sathianath­an memuji sumbangan Olusegun yang meledak hatrik namun berharap ia akan terus menyerlah selepas ini.

“Saya kenal Ifedayo. Ini bukan permainan terbaiknya dan dia mampu pamerkan lebih baik lagi termasuk ketika situasi tanpa bola. Saya mahu lihat aksi lebih bertenaga daripadany­a.

“Tetapi jangan harapkan dia sahaja, yang lain pun sepatutnya kena berikan sumbangan untuk dapatkan jaringan,” katanya ketika ditemui selepas perlawanan kelmarin.

Mengulas lanjut, Sathianath­an berkata, beliau tidak terkejut dengan taktikal serangan dipamerkan Kedah terutamany­a di separuh masa kedua.

“Mereka memasukkan pemain baharu dan selepas itu (ketinggala­n 3-0) mereka tidak ada apa-apa lagi. Kalau saya jurulatih mereka, saya biarkan pemain mereka naik ke atas untuk menyerang,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia