Berita Harian

Farizal tak sanggup dikejutkan PKNS

-

Johor Bahru: Penjaga gol Johor Darul Ta’zim (JDT), Farizal Marlias menyifatka­n pasukan bimbingan Datuk K Rajagobal, PKNS FC sebagai ‘giant killer’ yang mampu melakar kejutan sekali gus meleburkan rekod tanpa kalah skuad Harimau Selatan selepas mengharung­i 13 perlawanan Liga Super.

Menurutnya, tugas rumit menanti pemain skuad Harimau Selatan apabila bertandang ke Stadium Shah Alam, namun percaya dengan persefaham­an dan kelebihan rakan sepasukan.

Katanya, selepas tidak beraksi ketika pasukannya menewaskan FELDA United 2-0 dalam saingan Liga Super dan menewaskan juara bertahan Liga Juara-juara Asia (ACL), Kashima Antlers (Jepun) 1-0 dalam perlawanan baru-baru ini, dia kini cergas untuk diturunkan.

Terlepas dua aksi penting

“Saya terlepas dua aksi penting untuk JDT akibat kecederaan lutut. Alhamdulil­lah, saya kembali pulih dan beraksi semula menjaga gawang.

“Apa pun saya tidak menafikan kelibat Izham (Tarmizi Roslan) yang diturunkan menggantik­an saya beraksi cemerlang sepanjang dua perlawanan itu.

“Saya gembira membantu JDT mencipta kemenangan 2-0 menewaskan Pahang, Selasa lalu dan tidak dinafikan ia perlawanan sukar bagi kami namum hasil kerjasama berpasukan, kami berjaya merealisas­ikan sasaran mencipta kemenangan.

“Jika terus diberi peluang beraksi terutama menentang PKNS FC, saya akan beri persembaha­n terbaik dan perlu konsisten kerana kami berada pada landasan terbaik memburu kejuaraan liga, tetapi tidak boleh terburu-buru mengelak berada dalam tekanan,” katanya.

Farizal berkata, walaupun kembali beraksi selepas tidak diturunkan dalam dua perlawanan lalu, perasaan gementar tetap ada namun semua itu diketepika­n bagi memastikan sasaran JDT memburu kemenangan terlaksana.

Katanya, untuk pertembung­an menentang PKNS FC, setiap pemain JDT termasuk dirinya akan turun dengan corak permainan lebih konsisten tatkala mengetahui kekuatan dan kelemahan pasukan lawan yang mampu memberi kejutan jika tersilap langkah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia