Berita Harian

‘Penyu usah menangis lagi’

Penyokong mahu pengganti Irfan suntik idea baharu kepada TFC

- Oleh Hanneeyzah Bariah Baharin

Kuala Terengganu

PTFC, Mohd Isa Che Ariffin berkata pemergian jurulatih berkenaan adalah satu kehilangan besar untuk skuad bola sepak negeri itu, namun berharap penggantin­ya kelak dapat menyuntik idea baharu bagi memantapka­n pasukan itu.

“Memang kita kecewa dan kesal dengan kekalahan memalukan TFC di tangan pendatang baru Liga Super, Petaling Jaya City FC (PJ City). Namun beliau (Irfan Bakti) sudah pun mengambil tanggungja­wab atas prestasi teruk pasukannya dalam perlawanan itu.

“Walaupun kita berharap ada rombakan pemain terutama di posisi pertahanan dan serangan, kita tidak menjangka pula Irfan Bakti akan meletak jawatan. “Dengan pencapaian­nya terhadap pembanguna­n bola sepak negeri ini, kita perlu akui banyak jasa beliau dalam membawa skuad bola sepak negeri ke tahap sekarang, namun

mungkin perubahan ini boleh membawa TFC ke tahap lebih baik,” katanya ketika mengulas peletakan jawatan Irfan Bakti sebagai pengendali TFC, berkuatkua­sa kelmarin susulan prestasi merosot skuad Penyu termasuk diaibkan PJ City, 3-5 di laman sendiri kelmarin.

Perlu berubah

Mohd Isa berkata, perletakan jawatan itu juga membuktika­n jurulatih berusia 67 tahun itu sendiri sukar menerima kekalahan 3-5 TFC kepada PJ City dalam perlawanan pusingan kedua saingan Liga Super di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah.

Katanya, walaupun Irfan Bakti sudah melepaskan jawatan, apa yang lebih penting kini ialah pemain sendiri perlu mengambil tanggungja­wab untuk berubah dan kembali mempamer aksi bermutu dalam perlawanan.

“Kita harap pengganti sementara Irfan Bakti, Mohamad Nafuzi Zain dapat menyuntik idea baharu terutama daripada segi taktikal permainan dan disiplin pemain supaya TFC dapat kembali menyinar sebagai pasukan digeruni dalam arena bola sepak tempatan,” katanya.

Sementara itu, seorang peminat bola sepak tempatan, Ben Yahya, berkata ada pro dan kontranya peletakan jawatan Irfan Bakti yang sudah tiga tahun mengambil alih sebagai Ketua Jurulatih skuad penyu.

“Kita lihat dalam tempoh tiga tahun ini pembanguna­n akar umbi pasukan agak perlahan. Beliau juga kurang menggilap bakat tempatan sedangkan kita mempunyai ramai pemain berbakat. Beliau lebih cenderung membawa masuk pemain luar. Jadi kita harapkan barisan kejurulati­han baharu nanti dapat mengutamak­an pemain berbakat yang kita ada termasuk daripada TFC2, TFC3 dan TFC4,” katanya.

 ??  ?? Irfan tunduk kecewa selepas pasukannya tewas kepada PJ City dalam aksi Liga Super, kelmarin.
Irfan tunduk kecewa selepas pasukannya tewas kepada PJ City dalam aksi Liga Super, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia