Berita Harian

‘Tiada rombakan dalam barisan Kabinet sedia ada’

Kerajaan Sabah akan umum lantikan isi kekosongan jawatan dalam masa terdekat

- Oleh Mohd Izham Unnip Abdullah

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, berkata kerajaan negeri akan umum pelantikan bagi mengisi kekosongan jawatan Kabinet negeri dalam masa terdekat.

Beliau bagaimanap­un berkata tiada rombakan dilakukan terhadap barisan Kabinet sedia ada, hanya pelantikan bagi mengisi kekosongan jawatan dalam Kabinet sekarang.

“Saya akan buat pengumuman dan saya akan lihat esok (hari ini) jika dapat, saya akan buat pengumuman yang perlu,” katanya kepada pemberita selepas mengagihka­n bubur lambuk dan melawat bazar Ramadan Lintasan Deasoka, di sini, semalam.

Yang turut hadir, Timbalan Ketua Menteri, Datuk Christina Liew dan Datuk Bandar Kota Kinabalu, Datuk Nordin Siman.

Sebanyak 1,000 bungkus bubur lambuk diagihkan kepada orang ramai pada majlis itu.

Sebelum ini, jawatan Menteri Kesihatan dan Kesejahter­aan Rakyat negeri yang dipegang DAP kosong berikutan kematian penyandang­nya, Datuk Stephen Wong Tien Fatt, akibat serangan jantung pada 28 Mac lalu.

Selasa lalu, Setiausaha DAP Sabah yang juga Ahli Parlimen Kota Kinabalu, Chan Foong Hin, berkata Ketua Menteri dijangka mengumumka­n pemimpin DAP yang bakal mengisi kekosongan jawatan berkenaan.

Isu banyak penyu mati

Dalam perkembang­an lain, Mohd Shafie berkata, kerajaan tidak pernah melaksanak­an peraturan menghalang mana-mana pihak untuk membuat liputan majlis atau sidang media diadakan kerajaan negeri atau wakil rakyatnya.

“Buat apa kita halang, kita nak lindung pasal apa. Tiada dasar kerajaan begitu, kalau kita buat pengumuman, semua boleh datang,” katanya.

Mengenai isu penemuan banyak penyu mati di Semporna pula, beliau berkata, kerajaan negeri akan menyiasat kebenaran dakwaan bahawa penyu di perairan daerah itu semakin merosot.

“Saya akan siasat kebenaran fakta itu tapi saya yakin di Semporna banyak penyu kerana banyak terumbu karang tempat pembiakann­ya,” katanya.

Sebelum ini, ada pihak mendakwa kaedah digunakan pengkaji hidupan marin itu yang dianggap tidak sesuai, mungkin antara punca kematianny­a.

 ?? [FOTO KHAIRULL AZRY BIDIN /BH] ?? Mohd Shafie bersama Christina mengedarka­n bubur lambuk kepada pengunjung di Bazaar Ramadan Lintasan Deasoka, semalam.
[FOTO KHAIRULL AZRY BIDIN /BH] Mohd Shafie bersama Christina mengedarka­n bubur lambuk kepada pengunjung di Bazaar Ramadan Lintasan Deasoka, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia