Berita Harian

Rumah panjang Melanau dibaik pulih

-

Mukah: Beberapa langkah diteliti untuk memulihara rumah panjang masyarakat Melanau di Kampung Sok, Matu, yang kini semakin usang.

Rumah panjang berkenaan satu-satunya milik masyarakat Melanau, juga kini semakin sunyi berikutan ramai penghuniny­a sudah berpindah ke rumah persendiri­an.

Menyedari kepentinga­n rumah panjang yang mempunyai nilai sejarah itu, Jabatan Muzium Sarawak diketuai Pengarahny­a, Suria Bujang bersamasam­a Pengerusi Lembaga Adat Melanau, Datuk Aidan Wing, mengadakan lawatan kerja untuk meneliti keadaan bangunan itu, Selasa lalu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jemoreng, Datuk Dr Juanda Jaya, berkata ini memberi cahaya baharu kepada Rumah Panjang Kampung Sok kerana objektif utama lawatan itu untuk meninjau keperluan sebenar pemulihara­an dan pembaikan bangunan bersejarah berkenaan.

Dibina pada 1872

Beliau berkata, rumah panjang yang dibina pada 1872 itu sudah didaftarka­n di bawah Ordinan Heritage Sarawak.

“Ia hasil kajian pembaikan yang dibuat oleh pihak Pejabat Daerah Matu dan Jabatan Kerja Raya Matu Daro pada 2018.

“Pada Mac tahun lalu, saya mengemukak­an kertas kerja yang disediakan hasil kajian itu kepada Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg dan beliau meluluskan peruntukan untuk konservasi penuh bangunan bersejarah itu,” katanya dalam kenyataan di laman sosial Facebook, semalam.

Juanda berkata, susulan keputusan Ketua Menteri itu, mesyuarat peringkat pengurusan tertinggi diadakan di Kuching bulan lalu dan kemudian mesyuarat susulan diadakan di Mukah sebelum lawatan ke bangunan bersejarah itu dilakukan pegawai Jabatan Muzium Sarawak bersama beberapa pegawai daripada agensi lain.

“Jabatan Muzium Sarawak menyatakan komitmen untuk melaksanak­an konservasi sebaik mungkin agar pelancong dari luar datang melihat sejarah warisan masyarakat Melanau itu,” katanya.

Pada masa sama, beliau juga berharap agar Jabatan Muzium Sarawak merealisas­ikan hasrat mewujudkan muzium hidup bagi komuniti Melanau di dalam rumah panjang itu.

“Semua yang berkaitan dengan masyarakat Melanau di kawasan ini akan dipamerkan di Rumah Panjang Sok kelak. Inilah peluang untuk kita merealisas­ikan impian melihat bangunan bersejarah ini mendapat tempat sewajarnya,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia