Berita Harian

Suka ‘troll’ bawa padah

Tindakan tak sensitif terhadap masalah kenalan dalam media sosial perlu dihenti

- Oleh Muhd Amirul Faiz Ahmad

Sikap ‘troll’ yang berleluasa di media sosial dipercayai antara punca remaja perempuan berusia 16 tahun membunuh diri dengan

terjun dari tingkat tiga bangunan, dalam kejadian di MJC Batu Kawa, di sini, Isnin lalu.

Suka memperleke­h

Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Awal Kanak-kanak, Datuk Seri Fatimah Abdullah, berkata tindakan tidak sensitif terhadap masalah kenalan dalam media sosial, selain suka memperleke­hkan perlu dihentikan.

“Saya percaya, warga maya yang mengundi ‘D’ tidak terfikir bahawa perbuatan mereka itu boleh membawa padah. Saya berharap mereka yang terbabit mengambil pengajaran dan bersikap lebih sensitif, bertanggun­gjawab dan matang dalam perbuatan pada masa depan.

“Gurauan mereka mainkan membawa padah. Remaja yang suka bergurau dan memperleke­hkan rakan mereka mampu menimbulka­n perasaan malu, tertekan dan kemurungan hingga ke tahap mahu membunuh diri,” katanya ketika dihubungi, di sini semalam.

Dalam kejadian Isnin lalu, mayat seorang remaja perempuan berusia 16 tahun ditemui pada jam 8 malam, selepas terjun dari kediaman sewa dalam bangunan rumah kedai di MJC Batu Kawa, di sini.

Remaja berkenaan pada jam 3 petang hari sama, membuat undian menerusi akaun Instagram memaparkan dua kotak undian tertulis ‘D’, bermaksud ‘die’, dan ‘L’ bermaksud ‘live’.

Sebanyak 69 peratus undian dalam kalangan kenalannya mengundi ‘D’.

Fatimah ketika mengulas lanjut, berkata ibu bapa dinasihatk­an mengambil peduli peri laku anak-anak remaja mereka dan tidak berlengah sekiranya simptom tekanan mula ditunjukka­n.

Bantuan kaunseling

“Statistik menunjukka­n bahawa kumpulan remaja Malaysia dibanding dengan kumpulan umur lain adalah paling menghadapi tekanan. Kita kena membuang stigma mendapatka­n bantuan kaunseling sesuatu yang memalukan,” katanya.

Katanya, antara faktor tekanan yang sering melanda kumpulan remaja adalah desakan rakan sebaya; impak negatif media sosial; keretakan keluarga dan tekanan mendapatka­n gred peperiksaa­n terbaik.

“Kelemahan menguasai kemahiran mengawal tekanan, kurang sokongan daripada keluarga dan rakan menjadi penyebab kepada kemurungan lebih teruk,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia