Berita Harian

PAKAR SUBJEK BM, PERINTIS IPG DIIKTIRAF

Bekas guru cemerlang terus curah tenaga sebagai penceramah motivasi sekolah

- Oleh Siti Sofia Md Nasir dan Muhammad Yusri Muzamir

Sumbangan bekas Guru Cemerlang Gred Khas C, Nawi Ismail, 62, yang berpengala­man mengajar subjek Bahasa Melayu selama 37 tahun memajukan sektor pendidikan walaupun selepas bersara, termasuk menjadi penceramah motivasi sekolah di seluruh negara, menyebabka­n beliau dipilih Tokoh Guru Kebangsaan 2019.

Beliau mula mengajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Panji Alam, Kuala Terengganu pada 1980, sebelum dipindahka­n ke Sekolah Menengah (SM) Teknik Kuala Terengganu, Terengganu dan bersara pada 2017, tetapi terus kekal aktif dalam pelbagai persatuan akademik, bidang kurikulum, kokurikulu­m serta komuniti

setempat.

Nawi turut menyumbang tenaga dan idea sebagai panel dalam pembinaan Modul Pengajaran dan Pembelajar­an (PDP) Bahasa Melayu Sijil Tinggi Persekolah­an Malaysia (STPM) serta Projek Pembanguna­n Modul Pendidikan Keselamata­n Jalan Raya (PKJR) Institut Penyelidik­an Keselamata­n Jalan Raya Malaysia (MIROS).

Anak kelahiran Kampung Banggol, Kuala Nerus, Terengganu itu juga adalah pakar perunding subjek Bahasa Melayu, jurulatih utama Sistem Pentaksira­n Baharu STPM Bahasa Melayu dan Ahli Jawatankua­sa Kawalan Mutu Buku Teks Bahasa Melayu Tingkatan Satu hingga Tiga.

Nawi berkata, ceramah motivasi yang pernah diberikan kepada pelajar di sekolah Kemaman, Terengganu, meninggalk­an kenangan manis kepadanya kerana ia menyuntik semangat seorang pesertanya cemerlang dalam peperiksaa­n STPM, tahun lalu.

Suntik semangat peserta ceramah

“Saya masih menyimpan wang RM50 yang diberikan bekas pelajar (STPM) terbabit kerana saya dikatakan menjadi inspirasi kepadanya berjaya memperoleh 4A dalam peperiksaa­n itu.

“Sebenarnya ia hanya ucapan biasa yang sering saya sampaikan, namun ia berjaya membangkit­kan motivasi kepada pelajar terbabit,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Sementara itu, bekas Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Pembanguna­n Profesiona­lisma Keguruan), Datuk Asariah Mior Shaharuddi­n, pula dinobatkan Tokoh Kepemimpin­an Pendidikan Kebangsaan 2019.

Asariah menyifatka­n kejayaan menaik taraf maktab perguruan kepada Institut Pendidikan Guru (IPG) adalah pencapaian terbaik beliau sepanjang tempoh perjawatan­nya di Kementeria­n Pendidikan.

Naik taraf maktab perguruan

“Saya berusaha menaik taraf maktab perguruan supaya IPG dapat menghasilk­an guru berkualiti dan berkeboleh­an memperbaik­i standard pendidikan negara.

“Kewujudan IPG juga dapat menyasarka­n pelajar Sijil Pendidikan Malaysia (SPM) dimasukkan ke institut berkenaan bagi latihan persediaan sebagai guru,” katanya.

Asariah juga adalah perintis pelaksanaa­n Program Pengajian Ijazah Sekolah Rendah bagi membolehka­n pegawai perkhidmat­an pendidikan siswazah (PPPS) ditempatka­n di sekolah rendah.

Mereka masing-masing membawa pulang wang tunai RM50,000; loket emas bernilai RM10,000 dan plak sumbangan Bank Simpanan Nasional (BSN).

Saya masih menyimpan wang RM50 yang diberikan bekas pelajar (STPM) terbabit kerana saya dikatakan menjadi inspirasi kepadanya berjaya memperoleh 4A dalam peperiksaa­n itu” Nawi Ismail, Tokoh Guru 2019 Saya berusaha menaik taraf maktab perguruan supaya IPG dapat menghasilk­an guru berkualiti dan berkeboleh­an memperbaik­i standard pendidikan negara” Asariah Mior Shaharuddi­n, Tokoh Kepemimpin­an Pendidikan Kebangsaan 2019

 ??  ??
 ?? [FOTO RAMDZAN MASIAM /BH] ?? Dr Mahathir bersama Maszlee, Nawi (kanan) dan Asariah pada Majlis Sambutan Hari Guru 2019 di Pusat Konvensyen Setia SPICE, Georgetown, semalam.
[FOTO RAMDZAN MASIAM /BH] Dr Mahathir bersama Maszlee, Nawi (kanan) dan Asariah pada Majlis Sambutan Hari Guru 2019 di Pusat Konvensyen Setia SPICE, Georgetown, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia